05 October 2012

Post Match : Arsenal Ladies benam Barcelona

Selepas kemenangan 3-0 yang menyakinkan di Sepanyol menentang Barcelona selepas separuh masa kedua yang lebih tersusun, Arsenal Ladies yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala FA WSL menanti kehadiran Barcelona dengan keraguan dengan tahap kecergasan dua pemain pertahanan, Niamh Fahey dan Gilly Flaherty. Laura Harvey sekali lagi telah mengingatkan pemainnya supaya tidak leka dan barisan kesebelasan utama yang diturunkan jelas menunjukkan Barcelona tidak akan diberikan laluan mudah di gelanggang keramat Arsenal Ladies, Boreham Wood.

BYRNE
SCOTT-----TRACY-----GRANT-----HOUGHTON
NOBBS-----CHAPMAN-----LITTLE
DAVISON-----SMITH-----YANKEY

Emma Byrne yang menghampakan barisan serangan Barcelona minggu lepas sekali lagi diberikan kepercayaan di gawang gol Arsenal. Alex Scott kekal di posisi bek kanan dengan Steph Houghton mengisi posisi bek kiri. Gandingan pertahanan tengah terpaksa ditukar selepas Gilly Flaherty mencederakan bahunya semasa kemenangan 3-2 ke atas Doncaster Rovers Belles dengan duo veteran, Ciara Grant dan Yvonne Tracy dipertaruhkan.

Barisan tengah sekali lagi menyaksikan kelibat trio Jordan Nobbs, Katie Chapman dan Kim Little. Bahagian serangan Arsenal pula cukup digeruni. Kepantasan dan skill Gemma Davison serta Rachel Yankey dipertaruhkan di bahagian sayap dengan salah seorang pemain terbaik dunia bola sepak wanita, Kelly Smith mengetuai serangan Arsenal Ladies.

Separuh masa pertama menyaksikan Arsenal mendominasi perlawanan dengan Barcelona sekali sekala menyerang. Namun ketumpulan di hadapan gawang gol telah menyaksikan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 0-0. Laura pantas membuat pertukaran dengan membawa masuk Jennifer Beattie menggantikan Kelly Smith.
Pertukaran tersebut jelas menjadi dengan Beattie menanduk masuk bola sepakan percuma yang diambil Rachel Yankey untuk memberikan pendahuluan kepada Arsenal seterusnya menyaksikan Barcelona mempunyai tugas yang lebih sukar untuk mengatasi agregat 4-0 yang diletakkan oleh Arsenal Ladies dengan kelebihan 3 gol di tempat lawan.
Hanya 4 minit kemudiannya Yankey sekali lagi terlibat dengan kali ini Kim Little menemui gawang gol yang juga gol pertamanya sejak 25 Ogos untuk memberikan pendahuluan 2-0 kepada Arsenal sebelum sejam perlawanan dengan agregat 5-0. Ellen White dan Danielle Carter kemudiannya masuk menggantikan Davison serta Little dan Arsenal mempunyai beberapa peluang cantik yang diselamatkan oleh penjaga gol Barcelona.
Namun Jennifer Beattie sekali lagi menanduk masuk bola hantaran lintang daripada Rachel Yankey pada minit ke-78. Masa kecederaan telah menyaksikan Arsenal dihadiahkan sepakan penalti selepas Ellen White dijatuhkan penjaga gol Barcelona di dalam kotak penalti. Beattie yang mencari hat-trick tenang menyudahkan sepakan penalti untuk gol keempat perlawanan dan gol ketiganya.

Tamat perlawanan Arsenal Ladies menang 4-0 dengan agregat 7-0 seterusnya mengembirakan peminat bola sepak wanita di England selepas satu lagi pasukan England, Birmingham City tewas 3-0 di Itali walaupun memenangi perlawanan pertama dengan keputusan 2-0. Ini menyaksikan Arsenal Ladies sekali lagi menjadi pasukan daripada England yang mara jauh di saingan Champions League.

Namun pusingan ke-16 tidak akan menjadi mudah kepada Arsenal Ladies yang akan bertemu bekas juara dan finalis tahun 2010, 1. FFC Postdam daripada Jerman. Postdam merupakan pilihan untuk perlawanan ini namun Arsenal seperti kebiasaannya tidak akan menjadi pasukan yang mudah untuk ditewaskan dan malahan mempunyai peluang untuk melakukan kejutan dan seterusnya mara ke peringkat suku akhir untuk 11 tahun berturut-turut.

Bercakap selepas kemenangan ini. Laura Harvey menegaskan ianya merupakan rancangannya untuk membawa masuk Jennifer Beattie dan mengakui Beattie berhak untuk memulakan perlawanan namun kerana jadual perlawanan, beliau membuat keputusan untuk memberikan masa bermain kepada Kelly Smith yang baru pulih daripada kecederaan.

Dengan Barcelona dilihat keletihan di separuh masa kedua membawa masuk Beattie dilihat merupakan pilihan yang tepat memandangkan kelainan corak permainan di antara Smith dan Beattie. Laura turut mengakui beliau sering mengingatkan pasukan yang ditentangnya supaya jangan membuatkan Rachel Yankey marah dan di separuh masa kedua jelas menunjukkan apa kemarahan yang boleh dilakukan Yankey yang mencipta hat-trick assists dan juga bertanggungjawa melorongkan bola kepada Ellen White yang kemudiannya dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Para pemain mengetahui tugas sukar menanti mereka di pusingan ke-16 Champions League namun Jennifer Beattie yakin pasukan mempunyai segala kualiti untuk mara ke suku akhir untuk 11 tahun berturut-turut. Dengan Kelly Smith dan Alex Scott cukup mengenali penjaga gol Postdam pastinya Laura Harvey akan cuba mendapatkan segala info yang boleh mengenai penjaga gol pasukan Postdam tersebut menerusi duonya itu.

Penolong jurulatih, Rehanne Skinner turut mengakui mereka akan mula mengkaji setiap video pasukan Postdam untuk memberikan mereka idea bagaimana mahu menewaskan pasukan Jerman tersebut. Apa-apa pun tahniah Ladies. Keputusan Arsenal 7-0 Barcelona bukanlah sesuatu yang selalu dilihat. Seperti yang dikatakan penjaga gol Arsenal Ladies, Emma Byrne. Adios.

1 comments:

Zaid2410 said...

Terbaik !

18.10.12

Post a Comment