04 October 2012

Post Match : Arsenal benam cabaran Olympiacos

Arsenal sekali lagi mengutip 3 mata penuh di Champions League selepas menewaskan juara Greece, Olympiacos 3-1 untuk mengetuai kumpulan B dengan kelebihan 2 mata selepas Schalke hanya hampu seri 2-2 dengan Montpellier. Ini bakal menyaksikan perlawanan Champions League Arsenal seterusnya bertemu Schalke akan menjadi pertembungan yang menarik.

MANNONE
JENKINSON-----KOSCIELNY-----VERMAELEN-----GIBBS
COQUELIN------ARTETA
OXLADE-CHAMBERLAIN------CAZORLA------PODOLSKI
GERVINHO

Arsene Wenger sekali lagi mempertaruhkan Laurent Koscielny dan Thomas Vermaelen selepas Per Mertesacker tidak sihat. Kecederaan Abou Diaby telah menyaksikan Francis Coquelin memulakan perlawanan dengan Alex Oxlade-Chamberlain diberikan permulaan kesebelasan utama mengatasi Aaron Ramsey.

Arsenal mengawal perlawanan namun beberapa kesilapan hampir-hampir menyaksikan Olympiacos menjaringkan beberapa gol. Namun Gervinho berjaya memberikan pendahuluan kepada Arsenal 3 minit sebelum separuh masa pertama tamat. Namun pendahuluan Arsenal tidak bertahan lama dengan Olympiacos menyamakan kedudukan menerusi tandukan beberapa saat sebelum wisel separuh masa ditiup.

Separuh masa kedua menyaksikan Arsenal menampilkan aksi yang lebih menyakinkan dengan Lukas Podolski meneruskan prestasi cemerlang di Champions League dengan meledak gol kedua Arsenal selepas bergandingan dengan Gervinho. Berbanding perlawanan sebelumnya kendalian Steve Bould, Bould dilihat mencari gol ketiga dengan membawa masuk Theo Walcott, Aaron Ramsey dan Olivier Giroud menggantikan The OX, Gervinho dan Podolski.

Keputusan tersebut dilihat berjaya selepas Aaron Ramsey melepaskan voli melepasi penjaga gol pada masa kecederaan selepas bola tandukan Olivier Giroud memastikan Ramsey melepasi kawalan pertahanan Olympiacos sebelum dengan tenangnya menyudahkan situasi 1 lawan 1 dengan penjaga gol untuk memastikan kemenangan 3-1 Arsenal.

 Perlawanan ini menyaksikan Giroud yang beraksi lebih kurang 14 minit dilihat semakin menyesuaikan dirinya dengan Arsenal. Menjadi penyebab gol yang dijaringkan oleh Ramsey dan memperoleh 2 peluang gol yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol dan pemain pertahanan. Namun Giroud dilihat cukup hidup dan sayang gagal untuk menjaringkan sebarang gol. Tetapi sudah semestinya jika perlawanan ini menjadi petanda Giroud akan menjadi lebih tajam selepas ini, pasti akan menceriakan peminat.

Giroud sering kali memastikan beliau berada di tempat yang betul untuk setiap serangan Arsenal dan tidak teragak-agak untuk membantu bahagian pertahanan Arsenal dan kehadirannya turut melegakan Arsenal semasa bertahan set piece. Harapnya Giroud akan meneruskan proses penyesuaiannya dengan Arsenal dan tidak mengejutkan beliau akan menjadi tonggak penting Arsenal selepas ini sebaik betul-betul menyesuaikan diri dengan pasukan. Adios.

1 comments:

Sharinginfoz said...

seronok arsenal menang

4.10.12

Post a Comment