19 October 2012

Team News : Walcott, Fabianski & Gibbs

Theo Walcott yang mengalami kecederaan pada perlawanan bersama-sama skuad kebangsaan England telah disahkan Arsene Wenger akan terlepas perlawanan menentang Norwich City. Walcott yang mengalami kecederaan di bahagian dada dan paru-parunya selepas berlanggar dengan penjaga gol San Marino akan diketepikan sekurang-kurangnya selama 2 minggu.

Lukasz Fabianski yang telah pun kembali menjalani latihan disahkan Wenger telah berjumpa dengan pakar semalam selepas mengalami kecederaan di ligamen buku lalinya. Masih belum diketahui apa keputusannya. Wojciech Szczesny pula mungkin akan kembali menyertai pasukan dalam masa 2 minggu lagi selepas turut mengalami kecederaan buku lali.

Kieran Gibbs yang dibawa keluar semasa kemenangan 3-1 Arsenal ke atas West Ham disahkan Wenger akan terlepas perlawanan menentang Norwich City kerana kecederaan paha. Gibbs berada dalam keraguan untuk perlawanan menentang Schalke namun mempunyai peluang cerah untuk turun beraksi menentang QPR minggu depan.

Tomas Rosicky dan Abou Diaby yang merupakan hanya pemain tengah Arsenal yang mengalami kecederaan disahkan Wenger masih beberapa minggu lagi sebelum kembali menyertai pasukan. Wenger bagaimana pun tidak memberikan sebarang berita tentang bilakah Bacary Sagna dan Jack Wilshere akan kembali menyertai pasukan utama.

0 comments:

Post a Comment