11 October 2012

Arsenal Ladies lengkapkan DOUBLE!

Dua top 2 pasukan England bertembung di final Piala Continental Cup dengan masing-masing mempunyai misi untuk melengkapkan double mereka. Birmingham cuba memenangi trofi kedua mereka selepas menjulang Piala FA sementara Arsenal mahu memenangi trofi kedua mereka selepas memenangi liga dan juga mempertahankan trofi Piala Continental mereka.

BRYNE
SCOTT-----GRANT-----FLAHERTY-----FAHEY
CHAPMAN-----HOUGHTON-----LITTLE
WHITE------SMITH-----YANKEY

Selepas merehatkan beberapa pemain utamanya pada hari Ahad lalu, Laura Harvey kembali menurunkan barisan terbaiknya. Emma Byrne tanpa sebarang keraguan terus diletakkan kepercayaan di gawang gol Arsenal. Gandingan Ciara Grant dan Gilly Flaherty sekali lagi dipertaruhkan selepas Flaherty pulih daripada kecederaan bahu yang di alaminya.

Alex Scott seperti biasanya mengisi posisi bek kanan Arsenal sementara Niamh Fahey kembali mengisi posisi bek kiri selepas dalam beberapa perlawanan sebelum ini beliau bergelut untuk pulih daripada kecederaan. Ketiadaan Jordan Nobbs yang mengalami kecederaan telah menyaksikan trio Katie Chapman, Steph Houghton dan Kim Little dipertaruhkan di bahagian tengah pasukan.

Ellen White yang mempunyai rekod cemerlang menentang Birmingham City diletakkan di posisi sayap kanan dengan Kelly Smith mengetuai jentera serangan dan Rachel Yankey seperti kebiasannya diletakkan di posisi sayap kiri Arsenal. Arsenal seperti yang dijangka mendominasi keseluruhan perlawanan dengan dominasi mereka.

Separuh masa pertama menyaksikan Arsenal gagal menjaringkan gol selepas sama ada dinafikan oleh barisan pertahanan, tiang gol ataupun kecekapan bekas rakan sepasukan mereka, Rebecca Spencer di gawang gol Birmingham City. Emma Byrne di gawang Arsenal sekali sekala dicabar barisan serangan Birmingham City namun Emma menampilkan prestasi terbaiknya untuk memastikan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-0.

Separuh masa kedua juga seperti separuh masa pertama. Selepas berkali-kali dinafikan, hantaran jarak jauh daripada Birmingham sedikit sebanyak memerangkap barisan pertahanan Arsenal Ladies. Ciara Grant yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan menentang Rachel Williams tumpas dan ianya telah memaksa Emma Byrne untuk meluru keluar daripada kawasan golnya.

Emma melakukan yang sebaiknya untuk menolak Rachel jauh daripada gawang gol yang terbuka luas sambil Gilly Flaherty mencuba sedaya upayanya untuk menutup ruang tersebut. Namun nasib baik kepada Arsenal selepas rembatan Rachel Williams tersasar ke kiri gawang gol Arsenal untuk menyaksikan keputusan masih 0-0.

Gemma Davison dan Jennifer Beattie dibawa masuk dengan Ellen White serta Kelly Smith dibawa keluar. Dan kehadiran Gemma Davison cukup menghuru harakan barisan pertahanan Birmingham. Namun Kim Little yang berjaya memastikan Arsenal mendahului. Kim Little melepaskan rembatan padu menerusi kaki kirinya dari luar kotak penalti ke penjuru atas gawang Birmingham yang menyaksikan Rebecca Spencer yang cemerlang sepanjang perlawanan gagal untuk melakukan apa-apa untuk menyelamatkan rembatan tersebut.

8 minit sebelum masa perlawanan tamat Arsenal mendahului namun Birmingham mahu mengheret mereka ke masa tambahan. Arsenal kekal utuh bertahan walaupun dua sepakan penjuru Birmingham menghuru harakan barisan pertahanan Arsenal. Namun pada akhirnya wisel penamat ditiup dan pemain Arsenal Ladies mula melonjak keriangan.

Seperti kebiasaannya Katie Chapman dan Jayne Ludlow menjulang trofi kejuaraan Continental Cup yang serba baru. Ianya seterusnya menutup kempen pasukan Arsenal Ladies dengan mereka sekali lagi membuktikan mereka masih lagi pasukan terbaik England dan sekali lagi menunjukkan Birmingham masih jauh lagi daripada mengatasi mereka. Tahniah girls!!


0 comments:

Post a Comment