Team News : Injury update, Wilshere & Frimpong
Per Mertesacker yang terlepas perlawanan menentang Olympiacos kerana selsema telah mula menjalani latihan namun Arsene Wenger memberitahu Mertesacker akan melalui ujian kecergasan terlebih dahulu dan sama ada Mertesacker akan kembali bermain pada perlawanan menentang West Ham masih belum dapat dipastikan.Arsene Wenger turut mengesahkan Damien Martinez akan kembali memanaskan bangku simpanan disebabkan Wojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski masing-masing masih lagi dibelengu dengan masalah kecederaan. Szczesny dijangka hanya akan kembali menjalani latihan bersama-sama pasukan dalam tempoh 2-3 minggu lagi.
Wenger turut memberitahu yang Bacary Sagna mungkin akan beraksi bersama-sama skuad U-21 Arsenal sebagai pemain lebih umur minggu depan semasa skuad U-21 Arsenal menanti kunjungan Reading U-21 memandangkan Sagna sudah tidak bermain selama 5 bulan.
Jack Wilshere akan terus beraksi bersama skuad U-21 Arsenal selepas Wenger menegaskan beliau tidak mahu terburu-buru menurunkan kembali Wilshere bersama skuad utama selepas mengalami kecederaan yang mengetepikannya selama 14 bulan. Wenger mengakui beliau perlu mengetepikan kehendak mahu terus menurunkan Wilshere secepat mungkin kerana kualitinya atas faktor badan Wilshere perlu membiasakan diri kembali bermain bola sepak secara kompetitif.
Wenger turut memberitahu beliau belum pasti sama ada mahu melepaskan Emmanuel Frimpong secara pinjaman selepas mengakui Wolverhampton berminat untuk mendapatkan semula khidmat Frimpong secara pinjaman. Namun motif utamanya adalah untuk menyaksikan Frimpong betul-betul bersedia sebelum memikirkan sama ada untuk melepaskan Frimpong secara pinjaman. Adios.
0 comments:
Post a Comment