24 October 2012

Team News : The OX out Koscielny back

Alex Oxlade-Chamberlain yang mengalami kecederaan semasa menentang Norwich tempoh hari telah disahkan Arsene Wenger akan terlepas perlawanan menentang Schalke O4 di Emirates Stadium. Laurent Koscielny pula memberikan berita baik untuk kem Arsenal selepas pulih daripada kecederaan yang dialaminya dan dijangka bersedia untuk perlawanan menentang Schalke.

Jack Wilshere, Bacary Sagna dan Emmanuel Frimpong yang melengkapkan 90 minit penuh aksi bersama skuad U-21 Arsenal kesemuanya berada dalam keraguan untuk perlawanan menentang Schalke memandangkan hakikat perlawanan tersebut hanya beberapa hari selepas perlawanan mereka menentang Everton U-21.

Theo Walcott turut memberikan berita baik selepas disahkan Wenger telah kembali berlari semula dan dijangka Wenger akan kembali semula menyertai pasukan dalam masa terdekat ini. Wenger turut mengesahkan yang perbincangan kontrak Walcott sekarang ini sedang dijalankan dan masih belum ada sebarang berita sama ada Walcott akan menandatangani kontrak baru ataupun tidak. Adios.

0 comments:

Post a Comment