27 September 2012

Post Match : Arsenal belasah Coventry City

Arsenal mencatatkan kemenangan besar di Emirates Stadium menentang Coventry City di pusingan ketiga Piala Capital One dengan Damien Martinez dan Martin Angha membuat debut penuh pertama mereka sementara Serge Gnarby masuk sebagai pemain gantian untuk debutnya. Adunan pemain akademi dan pemain utama ini telah diketuai oleh Johan Djourou.

MARTINEZ
ANGHA-----DJOUROU-----MIQUEL-----SANTOS
YENNARIS-----COQUELIN
CHAMBERLAIN-----ARSHAVIN-----WALCOTT
GIROUD

Arsene Wenger telah meletakkan Andrey Arshavin di posisi terbaiknya di belakang penyerang sementara Olivier Giroud yang dalam misi mencari gol pertamanya untuk pasukan memulakan perlawanan sebagai penyerang utama sementara kepantasan Alex Oxlade-Chamberlain dan Theo Walcott di bahagian sayap menjadi senjata utama Wenger.

Di bahagian pertahann telah menyaksikan Damien Martinez diberikan lampu hijau berbanding James Shea untuk mengawal gawang Arsenal sementara Martin Angha mengambil posisi bek kanan selepas Nico Yennaris diletakkan bersama-sama Coquelin di antara bahagian pertahanan dan bahagian tengah. Djourou pula bergandingan dengan Ignasi Miquel di bahagian tengah pertahanan sementara Andre Santos mengambil posisi bek kiri.

Arsenal terpaksa menunggu sehingga minit ke-39 sebelum meledak gol pertama perlawanan selepas hantaran Arshavin kepada Coquelin dilorongkan kepada Giroud yang kemudiannya tenang menyudahkan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol untuk gol pertamanya untuk Arsenal. Jelas sekali di muka Giroud berapa gembiranya untuk menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal sejak perpindahannya dari Montpellier.

Namun Giroud kemudiannya gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas Arshavin dijatuhkan. Sepakan penalti yang diambilnya bijak diselematkan penjaga gol Coventry City, Joe Murphy yang beraksi baik sepanjang perlawanan disebalik keputusan perlawanan. 

Tamat separuh masa pertama Arsenal 1-0 Coventry. Separuh masa kedua menyaksikan dominasi penuh oleh Arsenal. Hantaran Arshavin telah disudahkan dengan cantik oleh Chamberlain yang merembat dari luar kotak penalti untuk gol pertamanya musim ini dan gol kelimanya untuk Arsenal sejak menyertai Arsenal pada musim panas 2011.

Andrey Arshavin yang cukup menyerlah pada perlawanan ini memastikan namanya turut berada di scoreboard apabila Yennaris melorongkan bola kepada Giroud yang kemudiannya mencari Arshavin di dalam kotak penalti sebelum Arshavin menyudahkannya untuk Arsenal mendahului 3-0.

Arsenal kemudiannya membuat 3 pertukaran pada minit ke-72 dengan Giroud, Chamberlain dan Coquelin dikeluarkan dan Marouane Chamakh, Serge Gnarby dan Emmanuel Frimpong masuk dengan Frimpong membuat kemunculan pertamanya untuk Arsenal sejak mengalami kecederaan ACL.

Nico Yennaris yang 12 tahun sebelumnya merupakan mascot Arsenal sekali lagi terlibat apabila bola lorongannya kepada Theo Walcott telah menyaksikan Walcott melepasi kawalan pemain pertahanan Coventry sebelum melepaskan rembatan cantik dari sebelah kanan. Arsenal selesa mendahului 4-0 dengan 26 minit lagi untuk perlawanan tamat.

Hanya 5 minit selepas gol Walcott, Coventry menyumbat satu gol selepas crossing daripada sebelah kanan oleh Gary McSheffrey telah menemui Callum Ball sebelum Ball menolak masuk bola melepasi Damien Martinez untuk memastikan Arsenal melepaskan gol dalam 4 perlawanan berturut-turut dan turut menyaksikan Martinez gagal mendapatkan clean sheet dalam debutnya.

Hanya seminit selepas itu Yennaris yang menemui Arshavin yang kemudiannya cross bola ke dalam kotak penalti telah menjumpai Ignasi Miquel yang kemudiannya menanduk masuk gol pertamanya untuk Arsenal. Pemain kebangsaan Sepanyol itu kemudiannya mencium lencana Arsenal semasa meraikan gol pertamanya untuk Arsenal.

Sebelum perlawanan tamat bola Frimpong yang mencari Walcott telah menyaksikan Walcott membawa lari bola sebelum menjaringkan gol keduanya dan gol ketiganya musim ini. Tamat perlawanan Arsenal 6-1 Coventry City. Pusingan keempat bakal menyaksikan Arsenal ke Stadium Madjeski menentang Reading. Adios.

1 comments:

Sharinginfoz said...

harap perlawanan ngan chelsea nanti arsenal boleh tambat 3 mata

27.9.12

Post a Comment