Arsenal and Ladies team news

Arsene Wenger mengesahkan yang Theo Walcott akan kembali mempertajamkan semula jentera serangan Arsenal yang dilihat agak terjejas tanpa kehadiran Walcott yang tidak sihat pada perlawanan menentang Wolves tempoh hari.. Berita ini sudah semestinya mengembirakan peminat Arsenal kerana kepantasannya mampu mengucar kacirkan pertahanan lawan dan gandingannya bersama Robin Van Persie cukup serasi sepanjang musim ini..

Wenger mengesahkan yang Bacary Sagna dan Kieran Gibbs dijangka kembali menyertai semula pasukan pada penghujung bulan Januari dengan kemudiannya mereka bakal di sertai Jack Wilshere.. Ini turut menyaksikan Wenger masih belum membuat sebarang keputusan jelas sama ada mahu membawa masuk pemain full back pada pintu perpindahan musim sejuk bulan depan..

Sementara itu Utara London heboh dengan berita Theirry Henry semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan secara pinjamannya selama 2 bulan bersama Arsenal.. Dilaporkan Henry bakal menandatangani perjanjian tersebut sebelum tahun baru dan menurut beberapa laporan Henry dilihat tiada masalah untuk menandatangan perjanjian tersebut..

Kepulangan Henry yang merupakan lagenda kelab dan pemain yang paling disayangi peminat Arsenal, pastinya bukan sahaja mengembirakan peminat setia the Gunners, ianya juga pastinya menaikkan semangat di kem Arsenal.. Walaupun ianya hanya secara pinjaman untuk memback up RVP sepanjang ketiadaan Gervinho dan Marouane Chamakh, Atikah harap perjanjian ini akan diselesaikan dan Atikah pasti perjanjian ini bakal menerima sambutan hangat daripada peminat..

Sementara itu penjaga gol berusia 20 tahun Arsenal Ladies, Rebecca Spencer telah dilepaskan secara pinjaman sehingga Julai tahun hadapan di Perancis bersama pasukan ASJ Soyaux-Charent.. Spencer yang sebelum ini pernah dipinjamkan ke Gillingham Ladies tahun lepas terpaksa berdepan hakikat kurangnya tempoh bermainnya sejak menyertai Arsenal dari Watford..
Hakikat Spencer terpaksa menentang antara salah satu penjaga gol terbaik dalam bola sepak wanita iaitu, Emma Byrne dan menghabiskan keseluruhan masanya belajar dengan antara penjaga gol terbaik wanita, Arsenal Ladies General Manager, Vic Akers mengakui perpindahan secara pinjaman menjadi pilihan ideal kepada Spencer untuk mendapatkan masa bermain yang tidak pernah Spencer dapat sepanjang kariernya di Arsenal..

Walaupun Laura Harvey cuba memberikan beberapa peluang kepada Spencer dengan merehatkan Byrne pada beberapa perlawanan, jelas sekali Harvey masih mempercayai Byrne untuk mengawal pintu gol pasukan Arsenal walaupun Byrne telah pun berusia 32 tahun, namun pengalaman luasnya di pentas tertinggi dan kecekapan Byrne telah menyaksikan Harvey gagal untuk mengetepikan Byrne pada banyak perlawanan dan hakikat Byrne sering menjadi punca kepada kemenangan Arsenal, Harvey tidak mempunyai pilihan melainkan terus menurunkan Byrne..

Ini menyaksikan penjaga gol utama skuad simpanan, Sophie Harris yang dipanggil Harvey pada 2 perlawanan Champions League pada bulan September dan Oktober yang lalu bakal mengambil alih posisi Spencer di bangku simpanan Arsenal Ladies melainkan Akers dan Harvey membuat keputusan untuk membawa masuk seorang penjaga gol baru untuk kempen musim hadapan..

Namun dengan masa depan yang cerah menanti penjaga gol berusia 17 tahun yang menarik perhatian jurulatih akademi Arsenal semasa sesi pemilihan 2 tahun lepas, Harris dilihat bakal menjadi pemain muda seterusnya yang bakal menjadi kepercayaan Harvey dan peluang untuk belajar daripada antara salah seorang penjaga gol wanita terbaik dunia pastinya akan digunakan sepenuhnya Harris.. Adios..
Read More

Kieran Gibbs jalani pembedahan sekali lagi

Arsene Wenger telah mengesahkan yang Kieran Gibbs telah menjalani pembedahan sekali lagi.. Jika sebelum ini Gibbs menjalani pembedahan hernia, kini ianya pembedahan groin.. Wenger berpendapat Gibbs bakal terlepas aksi selama sebulan.. Dan ini menyaksikan Thomas Vermaelen atau Ignasi Miquel bakal mengisi posisi pertahanan kiri sepanjang ketiadaan Gibbs..

Johan Djourou telah disahkan Wenger bakal terlepas perlawanan minggu depan menentang Wolverhampton selepas kecederaan yang di alaminya semasa menentang Manchester City masih belum pulih sepenuhnya.. Ini menyaksikan Laurent Koscielny ataupun Fracis Coquelin bakal beraksi di posisi bek kanan sepanjang ketiadaan Djourou..

Sementara itu Wenger turut mengakui proses pemulihan Bacary Sagna berjalan lebih pantas berbanding yang dirancang.. Namun Wenger hanya menjangkakan Sagna akan kembali ke posisi bek kanan pada penghujung bulan Januari walaupun dilihat telah mula berlari semula sambil ditemani pembantu jurulatih kecergasan, Marcus Svensson..

Sementara itu Arsene Wenger telah menafikan yang beliau telah membuat pertanyaan tentang pemain bek kiri yang dipinggirkan di Manchester City, Wayne Bridge.. Namun Wenger tidak menafikan peluang untuk membawa masuk full back secara pinjaman.. Wenger mengakui yang ianya bakal turut bergantung kepada tahap kecergasan Sagna dan bila Sagna akan kembali untuk diturunkan..

Namun Wenger menegaskan jika beliau membawa masuk seorang full back ianya hanya untuk jangka pendek memandangkan pasukan telah pun mempunyai Bacary Sagna dan Carl Jenkinson di bek kanan serta Kieran Gibbs dan Andre Santos di bek kiri.. Dan Wenger turut menafikan yang Gary Cahill akan menyertai Arsenal dengan Wenger memberitahu tiada sebarang peluang untuk peminat menyaksikan beliau membawa masuk seorang pemain pertahanan tengah yang baru.. Adios..
Read More

Wenger mungkin bakal membawa masuk full back

Berita buruk yang diterima Arsene Wenger tentang Kieran Gibbs telah membuatkan Wenger mengakui yang beliau berkemungkinan bakal membawa masuk pemain full back bulan depan secara pinjaman selepas Gibbs terpaksa berjumpa pakar sekali lagi untuk mengetahui lebih lanjut kecederaan hernia yang masih belum pulih walaupun telah menjalani pembedahan..

Dengan Bacary Sagna dilihat hanya akan kembali bulan depan walaupun telah mula berlari dan Carl Jenkinson masih gagal pulih daripada kecederaan yang di alaminya dan Andre Santos hanya akan kembali pada bulan Mac selepas menjalani pembedahan pada buku lali kanannya, Wenger tiada lagi pilihan di posisi bek kanan dan kiri yang menyaksikan Laurent Koscielny, Johan Djourou, Thomas Vermaelen dan Ignasi Miquel terpaksa beraksi dari luar posisi mereka..

Dengan tiada pemain pertahanan yang dilihat menarik perhatian Wenger untuk mencuba mempertaruhkan mereka pada saingan EPL musim ini, Wenger dilihat perlu memikirkan beberapa pemain yang perlu di bawa masuknya secara pinjaman untuk memperbaiki bahagian pertahanan yang dihimpit masalah kecederaan musim ini..

Namun Wenger dilihat tidak mempunyai banyak pilihan dari kelab EPL yang lain.. Wayne Bridge dilihat mungkin bakal meninggalkan Manchester City dan menyertai Arsenal bulan depan secara pinjaman dan bagi Atikah kemasukan Bridge mungkin mampu membantu bahagian bek kiri Arsenal memandangkan kita hanya perlukan khidmat full back secara sementara sahaja..

Dengan Gibbs dan Santos dilihat saling memeningkan Wenger tentang siapa yang patut diturunkan dan Sagna dilihat tidak boleh diusik di posisi bek kanan dan Jenkinson masih boleh improve untuk menjadi pengganti berwibawa Sagna dan Nico Yennaris turut mengintai peluangnya, Bridge memang patut di bawa masuk Wenger secara pinjaman bulan depan..

Namun masalah yang bakal dihadapi Wenger adalah mahukan Roberto Mancini melepaskan Bridge secara pinjaman ke Arsenal terutama sekali secara pinjaman.. Namun dengan 'hubungan baik' Wenger dan Mancini, ianya dilihat tidak berapa mustahil.. Dengan pengalaman yang dimiliki Bridge, kemasukan Bridge ke Arsenal pastinya di alu-alukan peminat Arsenal untuk membantu masalah kecederaan yang di hadapi Arsenal di bahagian pertahanan..

Ianya lebih mudah untuk Wenger mencari bek kiri baru untuk dibawa masuk secara tetap berbanding secara pinjaman.. Wenger mungkin boleh mencuba nasib dengan membuat pertanyaan kepada beberapa kelab Championship tentang bek kiri mereka seperti bek kiri Birmingham, Liam Ridgewell..

Namun walau apa-apa pun.. Wenger perlu membawa masuk seorang full back secara pinjaman semasa perpindahan musim sejuk bulan depan.. Wayne Bridge dilihat pilihan ideal untuk membantu bahagian pertahanan Arsenal dan merupakan satu-satunya bek kiri berpengalaman di EPL yang dilihat bersedia untuk dilepaskan pasukannya.. In Wenger we trust.. Adios..
Read More

Arsenal without Djourou & Gibbs

Kecederaan groin yang di alami Johan Djourou semasa menentang Manchester City tempoh hari bakal menyaksikan Djourou bakal diketepikan selama 3 minggu untuk menambahkan lagi duka kepada kem Arsenal yang semakin dihimpit masalah kecederaan di bahagian pertahanan sejak kebelakangan ini..

Menambahkan lagi kedukaan.. Kieran Gibbs yang dijangka bersedia untuk mengambil alih posisi bek kiri semula pada minggu ini semasa menentang Aston Villa ataupun Wolverhampton terpaksa diketepikan untuk satu tempoh yang tidak diketahui selepas mengahdapi sedikit setback yang pastinya cukup untuk memeningkan kepala Arsene Wenger..

Kehilangan Djourou dan Gibbs untuk sekurang-kurangnya perlawanan minggu ini bakal menyaksikan Sebastien Squillaci ataupun Iganasi Miquel mengisi satu tempat di bahagian pertahanan di mana Laurent Koscielny dilihat bakal mengisi posisi bek kanan dan Mertesacker mungkin bakal bergandingan bersama Squillaci ataupun Thomas Vermaelen sementara Miquel mungkin bakal mengisi posisi bek kiri jika Vermaelen bergandingan dengan Mertesacker..

Sementara itu Ryo Miyaichi yang telah diketepikan selepas mengalami kecederaan buku lali semasa beraksi bersama skuad simpanan disahkan Wenger yang Miyaichi telah kembali semula menjadi latihan..

Lukasz Fabianski yang diusung keluar pada perlawanan menentang Olympiakos 2 minggu lalu disahkan Wenger telah kembali menjalani latihan namun Wenger hanya bakal menyenaraikan semula Fabianski sebagai back up Wojciech Szczesny minggu depan.. Ini menyaksikan Manuel Almunia bakal terus berada di bangku simpanan minggu ini..

Berita baik diterima daripada Bacary Sagna.. Sagna disahkan telah mula berlari semula jadi nampaknya Sagna dilihat akan bersedia untuk mengambil alih semula posisi bek kanan selewat-lewatnya bulan hadapan..

Sementara itu Alex Song bakal terlepas perlawanan menentang Aston Villa selepas mengutip kad kuning kelimanya semasa menentang Manchester City tempoh hari.. Ini bakal menyaksikan Emmanuel Frimpong ataupun Francis Coquelin bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Song.. Adios!!
Read More

Good news and bad news

Proses pemulihan Jack Wilshere disahkan Arsene Wenger berjalan dengan lancar.. Scan terbaru menyaksikan progress yang dilakukan Wilshere teramat-amat bagus namun Wenger menegaskan beliau tidak akan secara terburu-buru mendesak Wilshere kembali.. Wenger menjangkakan Wilshere hanya akan kembali membuat penampilannya semula pada pertengahan bulan Februari..

Thomas Vermaelen dilihat akan beraksi sebagai bek kiri sekurang-kurangnya untuk satu perlawanan lagi selepas Kieran Gibbs dilihat bersedia untuk kembali mengisi posisi bek kiri pada perlawanan menentang Aston Villa ataupun Wolverhampton minggu hadapan.. Dengan Andre Santos terpaksa menjalani pembedahan dan direhatkan selama 3 bulan, kehadiran Gibbs semula pastinya melegakan sedikit kem Arsenal..

Namun berita buruk diterima daripada scan terhadap Carl Jenkinson.. Kecederaan Jenkinson dilihat bakal menyaksikan beliau terpaksa direhatkan untuk sekurang-kurangnya 4 minggu lagi sebelum satu lagi imbasan bakal dilakukan untuk mengesan sama ada kecederaannya telah pulih.. Ini membawa maksud Johan Djourou ataupun Laurent Koscielny bakal meneruskan tugas mereka di bek kanan sehingga kepulangan semula Bacary Sagna mahupun Jenkison.. Adios!!
Read More

Santos, Fabianski & Mannone out

Andre Santos disahkan Arsene Wenger akan terlepas perlawanan aksi menentang Everton.. Santos yang terpaksa dibawa keluar selepas mengalami kecederaan buku lali bakal berjumpa dengan pakar untuk pemeriksaan lanjut.. Dengan Kieran Gibbs turut mengalami kecederaan, Wenger berkemungkinan bakal meletakkan Thomas Vermaelen sebagai bek kiri ataupun memanggil pemain dari skuad simpanan..

Lukasz Fabianski yang diusung keluar hanya selepas 25 minit perlawanan akibat pelanggaran dengan pemain Olympiakos dan Arsenal mengalami kecederaan di lututnya.. Ianya bukanlah satu kecederaan yang teruk ianya hanya luka dalam di lutut kirinya.. Namun ianya masih belum cukup untuk Fabianski kembali ke bangku simpanan pada perlawanan menentang Everton..

Vito Mannone yang mengalami kecederaan bahu selepas satu insiden pada perlawanan menentang Olympiakos di mana Mannone terpaksa menerima bantuan perubatan sebelum meneruskan perlawanan walaupun dilihat beliau masih merasai kesakitan di bahunya.. Menurut Wenger Mannone telah pun berjumpa dengan pakar namun Wenger tidak memberitahu apa beritanya..

Dengan kecederaan dua penjaga gol ini.. Wenger bakal memanggil semula penjaga gol yang semakin dilupakan, Manuel Almunia yang baru pulang daripada pinjaman sebulannya ke West Ham bulan lepas.. Almunia bakal memanaskan bangku simpanan sebagai penjaga gol simpanan sehingga Fabianski dan Mannone kembali semula ke dalam pasukan..

Arsenal yang akan menyambut ulang tahun ke-125 kelab esok semasa menentang Everton bakal di adili oleh Howard Webb untuk perlawanan tersebut dan Webb bakal mengunakan syiling sixpence untuk memulakan perlawanan di antara Arsenal dan Everton.. Perlawanan ini akan disiarkan live di Astro SuperSport 3 (channel 813) dan Astro SuperSport HD (channel 831) pada pukul 11.55 malam.. Adios
Read More

Crisis lagi

Arsene Wenger bakal sekali lagi pening kepala apabila keputusannya untuk menurunkan Andre Santos di bek kiri pada perlawanan menentang Olympiakos dilihat memakan diri Wenger selepas dilaporkan Santos bakal berehat selama 3 minggu akibat kecederaan.. Dengan Kieran Gibbs hanya akan kembali pada penghujung bulan ini, posisi bek kiri dilihat akan tempang menentang Everton hujung minggu ini..

Thomas Vermaelen mampu beraksi sebagai bek kiri namun bagi Atikah, kekebalan Vermaelen lebih diperlukan di bahagian tengah.. Kapten skuad simpanan, Ignasi Miquel dilihat mampu untuk beraksi di posisi bek kiri walaupun beliau sebenarnya pemain pertahanan tengah.. Walaupun Miquel dilihat sedikit hilang punca menentang Adam Johnson minggu lalu, Miquel sebenarnya bagus di bek kiri..

Perlawanannya menentang Olympiakos semasa masuk mengantikan Santos sedikit sebanyak memperlihatkan skillnya sebagai pemain bek kiri.. Miquel bergandingan dengan Marouane Chamakh semasa Yossi Benayoun menjaringkan gol untuk Arsenal semasa ketinggalan 2-1 di Greece.. Dan sejujurnya itu sudah cukup bagi Atikah supaya Miquel diturunkan mengisi kekosongan Santos..

Namun terdapat khabar angin yang mengatakan Martin Angha berkemungkinan bakal diberikan debutnya.. Pemain pertahanan berusia 17 tahun ini menyertai Arsenal pada awal tahun 2010 dari FC Zurich dan telah pun dipanggil Arsene Wenger beberapa kali untuk menjalani latihan bersama skuad utama.. Dilaporkan Angha sepatutnya terbang ke Greece namun disebabkan tiada nama Angha dalam senarai untuk perlawanan Champions League, Angha ditinggalkan..

Jika Wenger mahu mencuba pemain berusia 17 tahun ini, peminat pastinya tidak sabar untuk lihat keupayaan pemain kelahiran Switzerland ini.. Namun menurut Arsenal.com, Angha merupakan pemain bek kanan dan pertahanan tengah.. Tiada pula ia menyebut Angha mampu beraksi sebagai pemain bek kiri..

George Brislen-Hall merupakan pemain bek kiri untuk skuad bawah-18 dan juga skuad simpanan sejak ketiadaan Thomas Cruise yang dilepaskan Arsenal.. Bakal berusia 19 tahun pada 24 Disember ini, George merupakan antara pilihan yang Wenger ada untuk mengisi kekosongan di posisi bek kiri..

Satu lagi pilihan ialah Daniel Boateng yang baru sahaja membuat debutnya bersama Arsenal semasa menentang Bolton pada bulan November yang lalu semasa masuk mengantikan Thomas Vermaelen.. Pemain berusia 19 tahun ini sering diletakkan sebagai bek kanan dan bek tengah namun Boateng turut mampu beraksi di mana-mana di bahagian pertahanan..

Pemain berusia 18 tahun, Samir Bihmoutine mungkin bakal menjadi pilihan mengejutkan Wenger.. Samir masih belum menandatangani kontrak profesional untuk Arsenal.. Namun Samir mampu beraksi sebagai bek kiri mahupun sebagai pemain sayap kiri.. Produk kelahiran akademi ini menyertai Arsenal sejak berusia 8 tahun lagi..

Seorang lagi pemain berusia 18 tahun yang beraksi untuk Steve Bould, James Campbell mampu beraksi sebagai pemain bek kiri mahupun bek tengah.. Namun sejujurnya selain Miquel kesemua mereka langsung tiada pengalaman yang banyak bersama skuad utama dan masih belum membuktikan keupayaan mereka..

Prestasi kurang konsisten daripada Thomas Cruise dilaporkan menjadi punca beliau dilepaskan Arsenal walaupun berjaya beraksi cemerlang pada perlawanan debutnya menentang Okympiakos 2 tahun lalu.. Pedro Botelho yang turut boleh beraksi di bek kiri masih lagi belum mendapatkan permit kerjanya dan berterusan dihantar ke kelab Sepanyol dan telah beberapa kali mengegar jaring..

Dari pandangan Atikah.. Wenger tidak mungkin akan meletakkan Vermaelen di bek kiri selepas beberapa kali meletakkan Ignasi Miquel di bek kiri berbanding Vermaelen dan Miquel dilihat semakin selesa beraksi di posisi bek kiri.. Hantarannya menjadi punca gol yang dijaringkan Benayoun dan Atikah rasa Wenger patut turunkan Miquel di posisi bek kiri untuk bergandingan bersama Laurent Koscielny di bek kanan dan Per Mertesacker dan Vermaelen di bahagian tengah.. Adios..
Read More

Wenger name 18 squad to Greece

Arsene Wenger telah membawa 18 pemainnya ke Greece dengan pemain tonggak utama ditinggalkan di London.. Namun Wenger membawa penolong kapten pasukannya, Thomas Vermaelen bersama-sama Andre Santos, Andrei Arshavin, Johan Djourou, Marouane Chamakh dan ramai lagi dengan 4 pemain skuad simpanan Nico Yennaris, Ignasi Miquel, Craig Eastmond dan Oguzhan Ozyakup sekali lagi dipanggil Wenger..

Lukasz Fabianski dan Vito Mannone kedua-duanya terbang ke Greece meninggalkan Wojciech Szczesny dan penjaga gol yang semakin dilupakan, Manuel Almunia di London.. Fabianski dijangka mengisi posisi penjaga gol pada perlawanan menentang Olympiakos sementara Mannone akan terus memanaskan bangku simpanan..

Nico Yennaris, Thomas Vermaelen, Andre Santos, Sebastie Squillaci, Ignasi Miquel dan Johan Djourou di bawa ke Greece untuk mengawal barisan pertahanan Arsenal.. Yennaris dan Miquel dijangka akan membuat debut mereka di Champions League di posisi bek kanan dan kiri sementara Sebastien Squillaci dan Johan Djourou dijangka bergandingan di bahagian tengah..

Yossi Benayoun, Emmanuel Frimpong, Craig Eastmond, Alex Oxlade-Chamberlain, Tomas Rosicky, Francis Coquelin, Oguzhan Ozyakup dan Andrei Arshavin pula di bawa ke Greece untuk posisi tengah.. Chamberlain, Frimpong, Benayoun, Rosicky dan Arshavin dijangka mengawal barisan tengah Arsenal pada perlawanan menentang Olympiakos..

Park Chu Young dan Marouane Chamakh akan bersaing untuk diturunkan bagi mengetuai barisan serangan Arsenal semasa menentang Olympiakos dengan Chamakh dilihat menjadi pilihan Wenger untuk diturunkan dan terdapat juga kemungkinan Wenger bakal bergandingan mereka berdua di bahagian serangan seperti yang dilakukan pada perlawanan menentang Manchester City..

Perlawanan Arsenal menentang Olympiakos di Karaiskakis Stadium untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan F akan disiarkan secara langsung di Astro SuperSport (channel 813) pada pukul 3.30.. Awal pagi Rabu.. Walau apa pun keputusannya, Arsenal akan tetap mara ke pusingan seterusnya sebagai Juara Kumpulan F.. Adios..
Read More

Arsenal Ladies 3-1 NTV Beleza

Arsenal Ladies melengkapkan jelajah amal Jepun mereka dengan kemenangan 3-1 ke atas NTV Beleza yang menamatkan Liga Nadeshiko di tangga kedua dengan hanya 1 mata dibelakang pasukan yang berjaya Arsenal Ladies ikat 1-1 pada perlawanan pertama mereka di Jepun.. Selepas mudah menundukkan Mushashigaoka College 5-0, Ladies tahu perlawanan kali ini tidak semudah seperti itu..

Walau bagaimanapun Arsenal Ladies menjaringkan gol seawal minit ke-3 menerusi penyerang berbisa mereka, Ellen White yang sebelum ini telah pun mengecewakan peminat dan pemain Jepun hasil jaringannya semasa England menang 2-0 ke atas Jepun di peringkat kumpulan di Piala Dunia musim panas lalu..

Namun NTV Beleza menyamakan kedudukan selepas bola terkena lutut pemain pertahanan Arsenal Ladies, Ciara Grant yang terus menyaksikan penjaga gol utama Arsenal Ladies, Emma Byrne gagal melakukan apa-apa.. Namun Ciara Grant bangkit daripada gol sendiri selepas memastikan NTV Beleza tidak mendahului perlawanan selepas berjaya mengeluarkan bola daripada melintasi garisan gol selepas Emma ditewaskan oleh Iwabuchi..

Jordan Nobbs yang diberikan peluang untuk mengetuai bahagian tengah Arsenal sejak beberapa bulan ini menunjukkan mengapa beliau mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan trio Jayne Ludlow, Katie Chapman dan Kim Little apabila beraksi cemerlang setiap kali diturunkan dan Nobbs menjaringkan gol pertamanya di Jepun selepas sebelum ini membantu rakan sepasukannya..

Arsenal Ladies yang cukup dominan di separuh masa pertama memastikan mereka mendahului 3-1 seminit sebelum separuh masa pertama tamat selepas Jennifer Beattie yang sebelum ini telah meledakkan 3 gol dalam 2 perlawanan menambahkan gol ketiga pasukan dan keempat peribadinya sepanjang jelajah di Jepun selepas diberikan kepercayaan oleh Laura Harvey untuk memulakan perlawanan sepanjang perlawanan di Jepun..

Pada separuh masa kedua seperti yang di akui pengurus Arsenal Ladies, Laura Harvey, pasukan jelas nampak keletihan selepas terpaksa bermain 3 perlawanan dalam tempoh hanya 6 hari.. Walaupun Laura membuat keputusan untuk merehatkan beberapa pemain seperti Jayne Ludlow, Steph Houghton dan Yvonne Tracy pada perlawanan menentang NTV Beleza sebelum memasukkan mereka di separuh masa kedua, jelas Ladies keletihan di separuh masa kedua..

Namun Ladies melupakan kepenatan mereka kerana selepas itu Ladies meluangkan masa mereka bermain bersama-sama 200 kanak-kanak yang ada sebahagian daripada mereka merupakan mangsa gempa bumi.. Ladies yang baru selamat sampai di London kemudiannya meluangkan hari-hari terakhir mereka di Jepun sebelum berangkat pulang ke London.. Adios..

P/S : Atikah harap Arsenal Ladies datang ke Malaysia.. Wow dapat training dengan mereka memang boleh membuatkan Atikah gembira selama-lamanya.. Tapi kalau x dapat satu team dengan Emma Byrne pun jadilah.. SHE MY HERO!! Haha..
Read More

Ladies teached Musashigaoka College

Arsenal Ladies bermain perlawanan menentang Musashigaoka College yang telah membina hubungan baik dengan Arsenal Ladies dengan menghantar beberapa pemain akademi mereka untuk menjalani latihan sejak 15 tahun lepas untuk perlawanan persahabatan untuk menghargai hubungan baik di antara Arsenal Ladies dan Musashigaoka College yang juga merupakan penganjur jelajah Arsenal Ladies ke Jepun..

Pengurus Arsenal Ladies Laura Harvey tidak berminat untuk menurunkan kesebelasan yang mudah pada perlawanan ini selepas rata-rata menurunkan kesebelasan utama Arsenal dan hanya membenarkan pemain skuad simpanan Louis Bragg untuk menyertai kesebelasan utama Arsenal yang di barisi nama-nama besar sebelum kemudiannya memberikan peluang kepada dua lagi pemain skuad simpanan, Lilly Agg dan Angharad James..

Arsenal Ladies mendahului menerusi jaringan Kim Little seawal minit ke-13 sebelum Alex Scott yang kembali ke kesebelasan utama menjaringkan gol kedua pasukan sebelum Ellen White memastikan kedudukan 3-0.. Hero Arsenal Ladies semasa menentang INAC Kobe, Jennifer Beattie menjaringkan 2 gol untuk memastikan Ladies menang 5-0 ke atas pemain-pemain muda Musashigaoka College..

Jelas sekali perlawanan ini lebih kepada mengajar pemain-pemain akademi Musashigaoka College.. Pemain Arsenal Ladies akan turun ke padang sebagai jurulatih keesokan harinya untuk memberikan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar sebelum menjalani latihan mereka untuk persediaan perlawanan terakhir menentang NTV Beleza pada hari Ahad..

Ladies yang akan pulang ke Tokyo untuk perlawanan terakhir jelajah Jepun mereka pada hari Ahad akan pulang semula ke London pada hari Isnin.. More news to follow.. Adios!!
Read More

Diaby and Rosicky latest news

Tomas Rosicky yang mengalami kecederaan paha semasa latihan minggu lepas disahkan akan terlepas perlawanan menentang Wigan Athletic esok.. Rosicky yang kini menjalani latihan kecergasan mempunyai peluang untuk beraksi dan mengetuai pasukan semasa menentang Olympiakos minggu depan..

Abou Diaby yang mengalami kecederaan otot selepas perlawanan menentang Fulham akan diketepikan selama 10 hari.. Arsene Wenger turut mengesahkan tiada sebarang kecederaan baru selain daripada Rosicky, Diaby, Jack Wilshere, Carl Jenkinson, Ryo Miyaichi dan Bacary Sagna..

Wojciech Szczesny telah membuat janji yang jika Poland diundi menentang England pada EURO 2012 hari ini, beliau akan menyimpan rambutnya panjang seperti lagenda Poland, Jan Tomaszewski yang memusnahkan impian England untuk ke Piala Dunia pada 1973.. Adios..
Read More

Ladies held Japanese Champion

Arsenal Ladies mengikat juara liga Jepun, INAC Kobe yang turut membariskan 7 pemain Jepun yang memenangi Piala Dunia pada musim panas iaitu diketuai oleh kapten pasukan Jepun, Homare Sawa dan penjaga gol yang menafikan kejuaraan USA, Ayumi Kaihori dengan keputusan 1-1 di hadapan 11 ribu penonton untuk perlawanan mengutip derma untuk mangsa gempa bumi.. Ini menyaksikan Ladies berkongsi piala Toyota Vitz Cup dengan INAC Kobe..

Arsenal Ladies yang membariskan dua pemain yang menjadi tunjang utama semasa England menumpaskan Jepun 2-0 di peringkat kumpulan iaitu Ellen White dan Rachel Yankey memakai lilitan lengan hitam pada perlawanan tersebut bagi memperingati kematian Pengurus Wales, Gary Speed sementara Ladies diketuai oleh kapten pasukan Wales, Jayne Ludlow kerana ketiadaan Faye White yang masih mengalami kecederaan..

Ladies walau bagaimanapun ketinggalan 1-0 pada minit ke-73 sebelum Jennifer Beattie yang hanya baru memasuki perlawanan 10 minit sebelum itu menggantikan Kim Little menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-78 selepas menerima hantaran daripada Jordan Nobbs sebelum Beattie yang boleh beraksi di mana-mana posisi tenang melepaskan rembatan melepasi Kaihori..

Arsenal Ladies langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan gentar menentang INAC Kobe.. Walaupun di asak beberapa kali Ladies kekal tenang dan beraksi dengan cara mereka dan ianya telah menyaksikan 11 ribu penonton terhibur dengan aksi yang dipamerkan juara liga Jepun dan juara treble England ini..

Taktik dan rancangan pengurus, Laura Harvey nampaknya menjadi apabila barisan pertahanan yang diketuai penjaga gol, Emma Byrne yang menerima sokongan daripada Steph Houghton, Gilly Flaherty, Ciara Grant dan Niamh Fahey berjaya menerap asakan dan aksi individu daripada pemain INAC Kobe hampir keseluruhan permainan walaupun akhirnya mereka tumpas kepada pemain Korea Selatan, Ji So Yun yang turut muncul pemain terbaik perlawanan..

Gandigan kapten pasukan, Jayne Ludlow dan Katie Chapman juga cemerlang membantu barisan pertahanan dan juga memulakan gerakan serangan.. Kesimpulannya barisan pemain Arsenal membuktikan kemampuan mereka untuk bersaing dengan yang terbaik dan ini juga menunjukkan pengurus pasukan, Laura Harvey telah melaksanakan tugas dengan cukup baik..

Selepas perlawanan beberapa pemain INAC Kobe mengerumuni hero Arsenal Ladies, Jennifer Beattie disebabkan ketinggian Jennifer.. Haha.. Sejujurnya Jennifer antara pemain Ladies yang tinggi namun Emma Byrne dan Faye White merupakan yang paling tinggi di antara mereka.. Sementara Kim Little berkemungkinan besar paling rendah.. Namun skillnya adalah yang tertinggi daripada rakan sepasukannya..

Walaupun Arsenal FC hanya menghantar Ladies ke Jepun, peminat-peminat Arsenal di sana tetap memberikan sokongan padu kepada pemain Arsenal Ladies.. Sokongan peminat terhadap bola sepak wanita di sana juga turut tinggi mungkin disebabkan hakikat pasukan wanita Jepun telah mengharumkan nama Jepun dan benua Asia apabila memenangi kesemua kejohanan mengikut umur tahun ini..

Arsenal Ladies masih mempunyai 2 perlawanan lagi dengan mereka akan menentang Musashigaoka College pada 2 Disember dan NTV Beleza2 hari kemudiannya.. Jurugambar Arsenal FC yang mengiringi pasukan Arsenal Ladies, David Price telah terbang semula ke London dan tidak akan mengikuti rombongan Ladies seterusnya di sekitar Jepun bermula ke Kumugaya hari ini..

Atikah tidak pasti siapakah yang akan mengambil tugas sebagai jurugambar Arsenal namun ianya dilihat mungkin akan jatuh kepada pemain sayap kiri Arsenal Ladies, Rachel Yankey atau lebih dikenali sebagai Theirry Henry Ladies.. Gambar di atas adalah gambar yang di ambil Yankey sendiri.. Not bad at all.. Haha..

Dilaporkan sepanjang Arsenal Ladies di Jepun terdapat 14 gempa bumi yang berlaku namun menurut kapten pasukan, Faye White kesemua hanyalah gempa bumi kecil.. Atikah harap tiada sebarang kejadian yang tidak diingini akan berlaku kepada pemain Arsenal Ladies sepanjang kunjungan mereka ke Jepun untuk mengutip derma untuk mangsa gempa bumi..

Sejujurnya Arsenal Ladies cukup bernasib baik menerima sokongan tidak berbelah bagi daripada pasukan lelaki Arsenal mahupun pihak pengurusan Arsenal sendiri berbanding pasukan lain.. Ya mungkin Chelsea Ladies turut menerima sokongan kewangan Roman Abramovich dan pengerusi mereka ialah John Terry tetapi jelajah ini membuktikan mereka bukan sahaja membantu dari sokongan moral dan kewangan namun segala-galanya..

Ianya mungkin disebabkan Vic Akers merupakan orang yang bertanggungjawab menubuhkan Arsenal Ladies FC dan memastikan Arsenal Ladies memenangi 32 kejuaraan dalam tempoh 22 tahun termasuk 1 Piala Eropah yang turut menyaksikan Akers menerima OBE atas kejayaannya tersebut..

Walaupun Akers hanya Arsenal First Team Kit Manager, semua orang di Arsenal mengetahui kewujudannya dan beliau turut dihormati pemain-pemain Arsenal.. Akers juga kadang-kadang dilihat memberikan arahan kepada pemain Arsenal yang bersiap sedia untuk di bawa masuk.. So itu mungkin sebab Arsenal Ladies menerima sokongan tidak berbelah bahagi..

Malahan pemain-pemain skuad utama Arsenal tidak pernah lupa mengucapkan tahniah kepada pasukan Arsenal Ladies atas kejayaan mereka dan beberapa pemain skuad simpanan Arsenal pernah dilihat memberikan sokongan kepada pasukan Arsenal Ladies di stadium.. Dan Ladies membalasnya dengan memberikan aksi terbaik dan memenuhkan stadium Arsenal dengan limpahan piala mereka.. Haha..

So Atikah harap x lama lagi pasukan first team Arsenal mampu untuk memberikan cabaran kepada pasukan Arsenal Ladies dari segi trofi dan diharap peminat setia Arsenal turut memberikan Arsenal Ladies sokongan.. Percayalah anda tidak akan percaya apa yang anda lihat bila anda menyaksikan persembahan mereka.. Adios..
Read More