25 November 2010

Bad News From Fabregas

Cesc Fabregas disahkan akan kembali diketepikan selepas mengalami kecederaan hamstring semasa Arsenal tewas di Portugal.. Wenger menjangkakan Fabregas akan diketepikan selama dua minggu.. Namun keputusan scan yang akan dilakukan nanti akan memberitahu tempoh sebenar Fabregas akan diketepikan..

Ini pastinya cukup mengecewakan kerana Fabregas jelas masih bergelut dengan tahap kecederaannya sejak awal musim lagi sehingga beliau gagal memberikan aksi terbaiknya.. Persoalan terbesar ialah bagaimana staf perubatan Arsenal tidak terlalu berkeras tentang masalah kecederaan yang di alami Fabregas dan tahap kecergasannya..

Emmanuel Eboue yang terpaksa diusung keluar padang semasa pertembungan menentang Braga selepas diterjah keras pemain Braga dilaporkan kecederaan lututnya dilihat serius dengan minimum Eboue akan diketepikan ialah selama sebulan sehingga dua bulan selepas Wenger mengesahkan Eboue mengalami kecederaan medial knee ligament strain..

Namun kehadiran semula Aaron Ramsey beraksi di atas padang dan dilihat langsung tidak terjejas dengan kecederaan ngerinya ditegaskan Wenger yang beliau sama sekali tidak akan memanggil Ramsey mengisi kekosongan yang ditinggalkan kapten pasukan.. Wenger menegaskan yang Ramsey masih perlu beraksi dengan skuad simpanan terlebih dahulu sebelum beliau memanggil Ramsey kembali beraksi di pentas tertinggi..

Manuel Almunia yang turut beraksi bersama pasukan simpanan Arsenal selepas pulih sepenuhnya dari kecederaan siku yang di alaminya dengan menampilkan aksi cemerlang dan hampir sahaja mencederakan dirinya kembali dilaporkan Wenger yang beliau sudah bersedia untuk kembali namun Wenger akan memerhatikan Almunia terlebih dahulu sebelum memyenaraikan Almunia.. Okey.. Ini sahajalah berita terkini dari kem Arsenal.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment