10 November 2010

Samir Nasri pemain terbaik bulan Oktober

Samir Nasri yang beraksi cemerlang sepanjang bulan Oktober telah disahkan muncul sebagai pemain terbaik bulanan Arsenal untuk bulan Oktober setelah Nasri mengutip sejumlah 48.2% undian daripada peminat Arsenal seluruh dunia.. Gol Nasri di Eastland juga telah memenangi anugerah gol terbaik bulan Oktober.. So tahniah Nasri you well deserves it..

Alex Song yang menjaringkan 3 gol sepanjang bulan Oktober termasuk menjadi hero pada perlawanan menentang West Ham dimana Song turut terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan berada di tangga kedua di belakang Samir Nasri selepas mengutip sejumlah 25.4% undian daripada peminat Arsenal di seluruh dunia..

Lukasz Fabianski yang muncul pemain terbaik pada perlawanan menentang Chelsea dan Manchester City berada di tangga ketiga pemain terbaik bulanan selepas mengutip undian sebanyak 15.2% selepas siri persembahan cemerlang pada bulan Oktober sebelum ianya dicemari dengan tindakan kurang bijak dari Fabianski pada perlawanan menentang Newcastle minggu lepas.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment