03 November 2010

Pre Match : Arsenal VS Shaktar Donestk

Arsenal berkunjung ke Ukraine untuk menentang Shaktar Donetsk untuk pusingan kedua peringkat kumpulan Champions League.. Malangnya perlawanan ini tidak akan disiarkan secara langsung.. Astro ESPN hanya akan menyiarkannya secara tertunda pada pukul 5.30 pagi ini iaitu selepas perlawanan secara langsung di antara Chelsea dan Spartak Moscow tamat..

Arsenal terbang ke Ukraine tanpa khidmat kapten pasukan, Cesc Fabregas yang ditinggalkan Wenger di London di atas langkah berjaga-jaga selepas kecederaan hamstring Fabregas kembali lagi dan jelas Fabregas cukup bergelut dengan kecederaan tersebut sehingga menyaksikan beliau gagal beraksi cemerlang semasa perlawanan menentang West Ham hujung minggu lalu.. Namun Wenger menegaskan Fabregas akan kembali pada perlawanan hujung minggu ini..

Alex Song yang mengalami kecederaan betis dilaporkan turut tidak ke Ukraine begitu juga dengan Andrei Arshavin yang mengalami masalah dan dijangka turut tidak ke Ukraine.. Denilson yang pastinya akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Song juga memberikan Wenger pening kepala selepas Denilson mengalami kecederaan groin..

FABIANSKI
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----CLICHY
ROSICKY-----EASTMOND-----WILSHERE
WALCOTT-----CHAMAKH-----NASRI

Inilah bayangan kesebelasan utama Arsenal malam ini.. Namun Atikah tegaskan Atikah tidak pasti sama ada Song, Arshavin dan Denilson ditinggalkan bersama-sama Fabregas di London kerana Atikah hanya diberitahu mereka bertiga akan menjalani ujian perubatan terlebih dahulu untuk lihat sama ada akan ikut serta atau tidak.. Adios!!

3 comments:

Dzulkarnaim Othman said...

salam...
teman slalu jdkan blog ni sbgi rujukan.... jd teman ingin mintak izin dr pemilik blog utk mencedok maklumat terkini tentang arsenal utk ditampalkan di forum arsenal dlm www.tranungkite.net
jika atikah membenarkan, sy dahulukan ribuan terima kasih, tp jika tidak teman memohon maaf krn tidak meminta izin terlebih dahulu....

url blog ini juga teman iklankan dlm forum arsenal di www.tranungkite.net

3.11.10
Hero Kampung said...

sama la dgn aku pun,, aku post kat sini,, http://www.celapakit.net
tapi takder pun respons dari atikah,, tu yg aku risau tu,,,

3.11.10
atikah said...

okey.. boleh saja.. asalkan ada credit utk atikah tu je..

5.11.10

Post a Comment