29 November 2010

Berita baik daripada Eboue

Siapa yang sangka lelaki yang dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas terpaksa diusung keluar padang minggu lalu sudah bersedia untuk beraksi.. Well bagi Eboue ianya bukanlah satu masalah selepas Eboue bersedia mengisi tempat Sagna semasa Arsenal menerima kunjungan daripada Wigan untuk peringkat suku akhir Piala Carling..

Namun Fabregas yang yang jelas merasakan kesakitan semasa menentang Braga minggu lalu akan terus diketepikan selepas beliau gagal untuk mencontohi Eboue yang kembali lebih awal dari yang dijangka.. Fabregas dilaporkan akan terus berehat sekurang-kurangnya sehingga 10 hari ke 2 minggu lagi.. Harapnya Fabregas sempat pulih sepenuhnya semasa menentang MU bulan depan..

Sebastien Squillaci muncul satu-satunya pemain Arsenal terbaru yang mengalami kecederaan selepas mengalami kecederaan lutut.. Ini bermakna Koscielny dan Djourou akan bergandingan bersama-sama buat pertama kalinya.. Hmm.. Bagaimana agaknya gandingan mereka nanti.. Wenger jugak mengakui akan menurunkan barisan terbaiknya..

Robin Van Persie, Nicklas Bendtner dan Theo Walcott masing-masing dijangka memulakan aksi sebagai pemain utama.. Namun siapa yang bakal mengawal gawang Arsenal.. Dengan Manuel Almunia telah kembali adakah Wenger akan meletakkan Almunia di bangku simpanan ataupun memulakannya dengan membiarkan Wojciech Szczesny yang beraksi cemerlang semasa menentang Newcastle yang lalu.. Hmm.. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahajalah.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment