05 November 2010

Fabianski - Focus, hard work got me through

Kelahiran semula penjaga gol Arsenal, Lukasz Fabianski telah melegakan peminat Arsenal selepas siri persembahan cemerlang dari Fabianski sejak perlawanan di Serbia sewaktu menentang Partizan Belgrade sehingga di anugerahkan pemain terbaik perlawanan.. Fabianski turut memenangi MOTM pada perlawanan menentang Chelsea dan juga Manchester City..

Fabianski turut berada di laluan tepat diundi sebagai top 3 pemain terbaik bulanan Arsenal untuk bulan Oktober.. Fabianski memberitahu yang kejayaan ini berpunca hasil dari fokus dan kerja keras.. Inilah apa yang dikatakan the Arsenal reborn goalkeeper, Lukasz Fabianski tentang kejayaannya dari Flappyhandski ke Happyhandski..

"Even when there was a difficult time for me I was always focused on my job or I was always working hard.. That is the only way I think you can achieve something.. Of course I have been through a difficult period but that's life, that's football.. You have to just keep working hard and hopefully it will pay off.. I always say my only thing is to keep working hard, to try to play as best as I can and try to help the team.."

"I think the reason maybe why he said it was because he saw me every day in the training ground.. Maybe he had a reason to say that.. Everyone is supporting each other no matter if they were supporting me.. Every time, every single game we try to support each other so that is the spirit of the team.. I just want to stay focused. That is the main thing for me, to keep working hard. If there is a possibility to play, I'll just try to play as best I can.."

Namun apa yang pasti Fabianski perlu terus kekal konsisten untuk mendapatkan semula 100% kepercayaan peminat Arsenal.. Kerana segala-galanya boleh berlaku dalam bola sepak.. Apa yang perlu Fabianski lakukan terus berada di atas dari musim ini hinggalah ke musim-musim hadapan.. Dengan itu Arsenal tidak perlu membeli penjaga gol bertaraf dunia kerana Arsenal sendiri mempunyai penjaga gol sebagus penjaga gol terbaik dunia..

Sementara itu skuad Arsenal Ladies turut terjebak dalam minggu kempen Champions League yang mengecewakan selepas skuad bimbingan Laura Harvey ini tumpas 2-0 di tangan Rayo Vallecano di Madrid yang hanya musim ini berjaya melepasi pusingan kalah mati berbanding Arsenal Ladies sudah bermusim lamanya mudah melepas pusingan kalah mati..

Kembalinya tonggak jentera tengah, Katie Chapman dan penyerang prolifik, Julie Fleeting ke dalam pasukan tidak banyak membantu selepas skuad Arsenal Ladies terpaksa terbang ke Madrid, Sepanyol tanpa khidmat kapten pasukan yang juga tonggak pertahanan pasukan, Faye White yang dilaporkan mengalami kecederaan..

Ianya jelas memberikan impak kepada pasukan Arsenal Ladies selepas beberapa kali terperangkap dengan serangan balas dari Rayo Vallecano.. Namun apa yang pasti skuad Arsenal Ladies boleh bangkit kembali pada perlawanan timbal balik di Boreham Wood minggu depan.. Kerana skuad Arsenal Ladies memang cukup kental di hadapan penyokong sendiri..

Dan harapnya juga Faye White akan kembali ke pangkuan pasukan terutama dalam misi getir skuad Arsenal Ladies kembali dari ketinggalan 2-0.. Apa-apa pun good luck untuk mereka minggu depan dan juga harapnya Arsenal dari pasukan lelaki ke wanita boleh bangkit selepas kempen mengecewakan di Eropah minggu ini.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment