26 November 2010

Wenger oh Wenger

Wenger sebelum ini menegaskan tidak akan meminjamkan Aaron Ramsey namun Wenger akhirnya membenarkan Ramsey meninggalkan pasukan dan dipinjamkan ke Nottingham Forest sehingga 3 Januari ini untuk mendapatkan semula tahap kecergasan dan rentaknya kembali.. Dan sejujurnya Atikah memang marah pasal ini..

First sebabnya Fabregas tengah injured.. Ramsey memang cukup bagus mengisi kekosongan Fabregas bersama-sama dengan Wilshere.. Atikah tahulah masih ada Rosicky namun come on.. Ugh.. Harap Wenger tahu apa yang dibuatnya.. Kerana sejak akhir-akhir ini keputusannya cukup menyakitkan hati.. Yang terbaru merisikokan tahap kecederaan Fabregas..

Bercerita tentang Fabregas.. Arsene Wenger telah mengarahkan pasukan perubatannya menjalankan penyiasatan terperinci tentang masalah kecederaan hamstring yang dibelenggu Fabregas sejak kembali dari Piala Dunia.. Kerana jelas sekali kegagalan pasukan perubatan Arsenal memulihkan sepenuhnya kecederaan hamstring Fabregas jelas memberikan impak kepada pasukan..

Kerana tanpa diragui lagi Arsenal tidak sama tanpa Fabregas.. Arsenal gagal memberikan aksi terbaik jika Fabregas gagal beraksi cemerlang.. Walaupun Nasri dan Wilshere masing-masing semakin bagus namun mereka langsung tidak boleh menjadi seperti Fabregas.. Kerana Fabregas hanya ada seorang sahaja dalam pasukan Arsenal sekurang-kurangnya..

Arsene Wenger mengakui mungkin faktor utama kecederaan hamstring Fabregas adalah keranan tekanan.. Namun Wenger menegaskan yang beliau sama sekali tidak akan menarik tugas Fabregas sebagai kapten Arsenal untuk mengurangkan beban yang ditanggungnya walaupun Wenger jelas bersedia memberikan lebih masa untuk kaptennya ini kembali pulih dari kecederaan hamstring..

Menurut Wenger Fabregas merupakan ketua yang cukup baik dan beliau akan improve dari semasa ke semasa sebagai seorang ketua.. Kerana bagi Wenger apabila anda menarik kembali armband dari seseorang beliau akan lebih tertekan.. Bagi Atikah, Atikah memang setuju persoalan menarik lilitan kapten dari Fabregas jelas tidak diperlukan..

Kerana Fabregas merupakan kapten yang baik dan cukup dihormati di bilik persalinan.. Fabregas adalah nadi Arsenal.. Walaupun Van Persie juga merupakan seorang kapten yang baik namun Fabregas jelas lebih memberikan impak sebagai seorang kapten.. Tengok sahajalah musim lepas beliau masih berkeras mahu berada di atas padang walaupun beliau telah meretakkan kakinya..

Namun walaupun musim ini Fabregas masih tidak menunjukkan semangat pahlawannya.. Namun beliau ada sebab.. Kerana kecederaan hamstring jelas lebih menyakitkan.. Dan ianya akan terus membelenggu anda.. Dan kecederaan hamstring akan berulang lagi dan mengambil lebih masa untuk pulih sepenuhnya..

Walau apa-apa pun Atikah akan terus menyokong Fabregas mengekalkan lilitan kaptennya.. Anyway Get Well Soon Fabregas!! We need you!! Adios!!

5 comments:

zizie said...

Wenger oh wenger ape dah jadi ni...

26.11.10
taiko007 said...

salam...atikah..mintak maaf la klu apa yg sy nak comen nie munkin atikah x suka..pagi pandangan saya..ada baiknya ramsy di pinjamkan...sebb di BPL permainnya agak keras..berbanding di liga bawahan..lagipun adalah elok si ramsy nie bermain dgn team utama arsenal bila dia betul2 cergas dan betul2 kembali dgn keyakinannya...nyer memang ramsy dah blh main..tp keyakinan,dan skill dia perlu digilap..latihan dan perlawanan x sama...
biarlah kita ambik kes dudu dulu...tengok..dia memang boleh beraksi..tp ketajaman dia didepan gol..agak tumpul berbanding sebelum patah kaki...tp bila dia beraksi untuk shaktar agak baik penjudahnya...sebabnya..di BPL permainannya agak keras berpanding liga lain selain italy..dudu sedikit demisedikit dah dapat kembali sentuhan gol nya...dan dgn faktok itu..sy agak setuju AW load si ramsy tu..untuk mendapatkan kembali keyakinan dah sentuhannya...lagi pun bukan nya lama..x sampai 2 bulan pun...

he..he.h.e..

27.11.10
hharioes said...

wa sokong 100% Taiko007..

29.11.10
Hero Kampung said...

pendapat aku berlainan dengan semua,,aku dah tawar hati dah dgn fab,,,hero apa mcm tu,,perlawanan penting asyik injured jer,,kalau dia takder pun team bleh mng,,,kalu dia main,, belum tentu team bleh menang..

ada baiknya kalau kita jual jer dia,, nampak sgt kita terlalu bergantung kat fab,,susah la kalau bergantung kat dia,,bolasepak main 11 org,,

aku rasa ada baiknya wenger juai jer dia kat barca secepat mungkin,, bleh gak dapt duit byk,, tgk nasri tu,,,diaby,,berapa kerap kah dioran ginjured untuk tahun ni,,,

tak guna kalau ada 20 bintang dalam team,,tapi asyik injured jer,,

30.11.10
atikah said...

ToYa mAt Amin.. dh nk injured nk buat mcm mana.. lagipun salah wenger jugak si fabregas tu masih injured lagi dia bagi fab main jugak.. mmg makin teruklah cedera si fabregas tu.. lagipun fabregas selama ini setiap musim mesti main 30-40 perlawanan semusim.. x termasuk lagi perlawanan antarabangsa.. mcm mana dia x injured..

12.12.10

Post a Comment