22 December 2010

Last week game postponed give Arsenal major good news

Salji tebal pada minggu lepas jelas memberikan Arsenal sesuatu untuk diseronokkan selepas beberapa tonggak utama Arsenal semakin cergas dan bersedia untuk perlawanan menentang Chelsea pada hari isnin nanti dengan Lukasz Fabianski mengetuai senarai pemain Arsenal yang keluar dari bilik kecederaan..

Fabianski yang mengalami kecederaan pinggul yang dialaminya semasa perlawanan menentang Partizan Belgrade sehingga menyaksikan staf perubatan Arsenal menghalang Fabianski beraksi pada perlawanan menentang Manchester United pada last minute telah kembali pulih sepenuhnya dan bersedia meneruskan persembahan cemerlangnya dan memastikan Chelsea sekali lagi sukar menembusi gawangnya seperti perlawanan tempoh hari..

Mungkin beliau akan patut menjadi lebih kebal so 2 gol yang dibolosinya tempoh hari dijadikan 0.. Jadi peluang Arsenal merampas kembali takhta liga semakin cerah terutama sekali dengan hakikat Arsenal jauh lebih bagus selepas krismas berbanding mana-mana pasukan lain terutama sekali dengan kehadiran-kehadiran tongga utama semula ke dalam pasukan..

Kehadiran semula Abou Diaby selepas disahkan Wenger sudah cergas sepenuhnya dan bersedia untuk kembali beraksi pastinya menambahkan lagi option di bahagian tengah terutama sekali tahap kecergasan Fabregas semakin memuaskan selepas pernangguhan perlawanan minggu lepas jelas menyaksikan Arsenal akan kembali mendapatkan yang terbaik dari nadi utama pasukan dan kapten pasukan ini..

Robin Van Persie turut semakin hampir mencapai tahap kecergasan terbaiknya akibat dari pernangguhan perlawanan tersebut.. Sementara itu Kieran Gibbs disahkan akan kembali selepas tahun baru sementara Thomas Vermaelen hanya akan kembali pada penghujung bulan Januari memandangkan Vermaelen memerlukan lebih masa untuk kembali cergas selepas sekian lama mengalami kecederaan..

Manuel Almunia turut akan terlepas aksi menentang Chelsea minggu depan selepas kecederaan buku lalinya masih belum pulih.. Sementara itu Bendtner yang baru menyambut kelahiran bayi lelakinya telah menegaskan beliau akan kekal di Arsenal dan bersaing untuk tempatnya sementara Denilson menegaskan beliau gembira di Arsenal selepas terdapat khabar angin beliau menjadi target Barca yang sudah putus asa untuk membawa Fabregas kembali ke Nou Camp dengan memilih Denilson sebagai alternatif.. Adios!!

1 comments:

kyo_9 said...

uih.. Bendtner dah kahwin?!

p/s sejak bila tinypic taja blog nih? :p

22.12.10

Post a Comment