27 December 2010

Pre Match : Arsenal VS Chelsea

Selepas seminggu Arsenal berehat kini Arsenal akan memulakan pusingan kedua saingan EPL dengan meenanti kunjungan Chelsea dengan berita baik terus menerus menyinari kem Arsenal selepas seminggu berehat dengan ianya jelas memberikan banyak faedah kepada Arsenal terutama sekali kepada pemain yang mengalami kecederaan..

Pemain terbaik perlawanan sewaktu menentang Chelsea tempoh hari iaitu Lukasz Fabianski mengetuai pemain yang meninggalkan wad kecederaan Arsenal selepas pulih sepenuhnya dari kecederaan pinggul yang di alaminya sehingga terlepas perlawanan menentang Manchester United.. Abou Diaby turut menyertai Fabianski meninggalkan wad kecederaan Arsenal..

Kapten pasukan, Cesc Fabregas disahkan cergas sepenuhnya untuk mengetuai Arsenal dengan Fabregas turut berjaya mengetepikan masalah mentalnya akibat dihantui kecederaan hamstring sepanjang musim ini dengan Arsene Wenger menegaskan yang Fabregas akan kembali menjadi Fabregas yang dahulu selepas berjaya melepas masalah kecederaan hamstringnya..

Robin Van Persie turut cergas sepenuhnya kembali untuk membantu Arsenal menewaskan Chelsea awal pagi ini selepas rehat minggu lepas telah menyaksikan staf perubatan Arsenal terutama sekali jurulatih kecergasan Arsenal untuk memastikan tahap kecergasan RVP dan semua pemain Arsenal cukup tinggi sekali..

FABIANSKI
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----CLICHY
NASRI-----FABREGAS-----SONG-----ARSHAVIN
CHAMAKH-----VAN PERSIE

Inilah bayangan kesebelasan utama Arsenal malam nanti.. Harapnya Arsenal berjaya menumpaskan Chelsea.. Jangan lupa untuk saksikan perlawanan ini pada pukul 3.30 pagi nanti.. Siaran langsung akan di siarkan di Astro ESPN channel 812 Astro.. So Good Luck Arsenal and Go Gunners!! We can do it!! If Malaysia can beat Indonesia so Arsenal also can beat Chelsea!! Adios..

3 comments:

Sharinginfoz said...

dah lama tak tengok persie main, kena menang pagi esok kalau nak cerahkan kedudukan teratas

27.12.10
zeal_tech said...

semoga berjaya gooners....

27.12.10
Azlan said...

arsenal berjaya mengalahkan chelsea! http://berita-bola-dunia.blogspot.com/2010/12/arsenal-belasah-chelsea-3-1.html

28.12.10

Post a Comment