23 November 2010

Pre Match : Arsenal VS Braga

Arsenal berkunjung ke Portugal dengan misi mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati UEFA Champions League selepas gagal melakukannya setelah tewas 2-1 di tangan Shaktar Donestk tempoh hari.. Namun misi ini bukanlah mudah selepas Arsenal mempunyai rekod yang buruk di Portugal..

Gael Clichy telah disahkan tidak terbang ke Portugal selepas mengalami kecederaan belakang yang tidak serius.. Ianya membawa maksud Kieran Gibbs akan mengisi kekosongan Clichy.. Andrei Arshavin juga turut ditinggalkan Wenger untuk memberikan peluang kepada Arshavin berehat sementara Robin Van Persie yang turut ditinggalkan di London perlu bekerja dengan pakar kecergasan Arsenal untuk mengembalikan kecergasannya..

Manuel Almunia, Abou Diaby dan Thomas Vermaelen masih tidak berada dalam pasukan akibat kecederaan.. Namun Aaron Ramsey yang dilihat menjalani latihan bersama-sama skuad Arsenal sebelum berangkat ke Portugal.. Namun Atikah x pasti sama ada Wenger turut membawa Ramsey bersama.. Namun Atikah meraguinya kerana ianya satu tindakan yang gila..

Sementara itu Wenger juga akan membuat perjumpaan dengan staf perubatan Arsenal tentang situasi kapten pasukan Cesc Fabregas yang masih bergelut dengan kecederaan hamstringnya.. Wenger juga akan mengawasi Fabregas sebelum membuat keputusan untuk membenarkan Fabregas mengetuai Arsenal ataupun akan memulakan perlawanan dari bangku simpanan..

FABIANSKI
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----GIBBS
FABREGAS/ROSICKY-----SONG-----WILSHERE
WALCOTT-----CHAMAKH-----NASRI

Berikut ialah bayangan kesebelasan malam ini.. Perlawanan ini akan disiarkan secara tertunda di Astro ESPN channel 812 pada pukul 5.30 pagi.. Kalau siapa yang nak tengok live streaming pada pukul 3.45 anda dialu-alukan lepak di Facebook blog ini.. Atikah akan try cari link game ini.. Adios Amigos!!

2 comments:

Sharinginfoz said...

kena menang pagi esok pas tu lupakan sejarah kekalahan dengan tottenham bagi membolehkan arsenal menang at least satu tropi musim ini

23.11.10
zizie said...

Tau pon fan2 dah gila2 kan arsenal ade satu trofi musim ni.

23.11.10

Post a Comment