12 November 2010

What A Dramatic Comeback Ladies!!

Arsenal Ladies mencipta sejarah selepas dramatik comeback daripada Ladies malam semalam memastikan Arsenal Ladies berjaya mara ke peringkat suku akhir UEFA Champions League buat kali kesembilan berturut-turut di dalam misi yang cukup mustahil.. Namun Ladies menunjukkan mengapa mereka adalah salah satu pasukan terbaik sehingga menjulang kejuaraan ini pada tahun 2007 selepas mencatatkan kemenangan bersejarah 4-3 secara agregat..

Arsenal Ladies berdepan cabaran getir untuk kembali selepas tewas 2-0 di Madrid memulakan perlawanan dengan cemerlang di hadapan peminat sendiri di mana penjaga gol Rayo dua kali terpaksa menyelamatkan percubaan merbahaya Arsenal Ladies.. Namun jaringan cantik dari Rachel Yankey telah berjaya mengurangkan defisit sewaktu perlawanan baru memasuki minit ke-11..

Penyerang prolifik Arsenal, Julie Fleeting yang baru di bawa masuk memastikan Arsenal kembali hidup apabila percubaan merbahaya Kim Little gagal diselamatkan dengan kemas oleh penjaga gol Rayo selepas bola muntah terus ke kaki Fleeting yang memastikan ianya terus ke gawang gol Rayo..

Hantaran cantik dari Kim Little dipastikan Ciara Grant ianya tidak akan disia-siakan seperti sebelum ini selepas beliau melompat setinggi yang boleh untuk menanduk masuk gol pendahuluan kepada Arsenal untuk memastikan Arsenal berada selangkah sahaja lagi sebelum mara ke suku akhir buat kali kesembilan berturut-turut..

Namun penyerang Rayo berjaya menumpaskan penjaga gol Ladies Emma Byrne yang berjanji akan memastikan gawangnya tidak dibocori dan beraksi di tahap terbaiknya selepas mengecewakan di Sepanyol telah diperdayakan oleh pemain Rayo untuk memastikan Rayo akan berada di laluan tepat menjadi pasukan Sepanyol pertama mara ke suku akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan..

Untuk menyukarkan lagi misi skuad Arsenal Ladies, pemain pertahanan Gilly Flaherty telah dilayangkan kad merah 8 minit sebelum perlawanan tamat.. Ianya jelas menyukarkan selepas pemain Rayo lebih banyak bertahan dan percubaan demi percubaan skuad Arsenal Ladies telah diselamatkan di antara penjaga gol Rayo ataupun pemain pertahanan mereka..

Namun seperti sudah ditakdirkan 5 minit masa kecederaan yang dihadiahkan telah menyaksikan Katie Chapman yang beraksi perlawanan pertamanya di gelanggang sendiri selepas kembali semula ke Arsenal Ladies setelah berkelana di United States selama hampir setahun menjaringkan gol kemenangan skuad Ladies pada minit-minit akhir masa kecederaan..

Gol kemenangan itu telah memastikan skuad Arsenal Ladies mara suku akhir buat kali kesembilan dan kemenangan ini juga memastikan skuad Arsenal Ladies mencipta sejarah dengan comeback dramatik mereka.. So tahniah Ladies.. 19 November ini akan menyaksikan siapa lawan mereka yang seterusnya..

2 comments:

~hllaqollol~ said...

kalaulah sejarah kehebatan arsenal's ladies ni bertukar ngan arsenal's man..pheww...

15.11.10
atikah said...

haha.. tulah..

15.11.10

Post a Comment