01 April 2011

Fab4 and TW14 return while RVP doubtful

Cesc Fabregas dan Theo Walcott seperti yang dijangkakan pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstring dan buku lali yang dialami mereka.. Turut menyertai mereka ialah Alex Song dan Abou Diaby yang kedua-duanya pulih dari kecederaan lutut dan groin.. Ianya pastinya merupakan berita yang cukup baik untuk Arsenal walaupun keempat-empat mereka masih belum dapat dipastikan sama ada akan berada di barisan permulaan ataupun tidak pada perlawanan esok..

Namun duo penyerang, Robin Van Persie dan Nicklas Bendtner berada dalam keraguan untuk beraksi pada perlawanan menentang Blackburn Rovers esok.. Van Persie yang mengalami kecederaan lutut akan menjalani ujian hari ini namun Arsene Wenger yakin RVP akan cergas sepenuhnya memandangkan ianya hanyalah lebam.. Begitu juga dengan Bendtner..

Kapten termuda Wales, Aaron Ramsey akan turut mengikuti jejak Bendtner dan RVP selepas beliau turut mengalami kecederaan groin semasa aksi antarabangsa.. Wenger akan membuat keputusan nanti sama ada mereka bertiga akan turut serta esok ataupun tidak.. Namun apa yang pasti Denilson akan terlepas perlawanan esok akibat kecederaan kaki.. Adios!!

1 comments:

Sharinginfoz said...

yes, semoga game hari sabtu nanti cemerlang

1.4.11

Post a Comment