02 April 2011

Pre Match : Arsenal VS Blackburn Rovers

Robin Van Persie telah disahkan cergas sepenuhnya untuk beraksi pada perlawanan menentang Blackburn Rovers malam nanti.. Nicklas Bendtner juga memberikan Arsenal kelegaan selepas Bendtner turut pulih dari kecederaannya namun Aaron Ramsey disahkan akan terlepas perlawanan ini akibat kecederaan groin..

Manuel Almunia pula telah disahkan Arsene Wenger untuk memulakan perlawanan menentang Blackburn mengatasi Jens Lehmann selepas Wenger menyifatkan Almunia berada di tahap terbaiknya semasa menjalani latihan dengan Lehmann pula semakin bagus setiap hari namun hakikat beliau sudah 41 tahun dan sudah 7 bulan tidak beraksi, Wenger tidak mahu terus menurunkan Lehmann..

ALMUNIA
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----CLICHY
SONG-----WILSHERE
WALCOTT-----FABREGAS-----NASRI
VAN PERSIE

Berikut ialah bayangan kesebelasan utama Arsenal malam ini.. Namun Wenger berkemungkinan akan meletakkan Walcott di bangku simpanan terlebih dahulu selepas sebulan tidak beraksi akibat kecederaan buku lali yang di alaminya sebelum final Piala Carling.. Namun dengan Andrei Arshavin semakin berada di tahap terbaiknya, sudah semestinya ianya tidak akan menjejaskan pasukan walaupun jelas kepantasan Walcott pasti ditagih Arsenal..

So perlawanan ini akan disiarkan pada pukul 12.30 malam nanti dengan ianya akan disiarkan secara langsung di Astro SuperSport 3 ataupun channel 817.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment