25 April 2011

Arsenal Ladies through to Final!!

Atikah x nak cakap apa-apa tentang kekalahan Arsenal kepada Bolton.. Atikah akan blogging pasal kejayaan skuad Arsenal Ladies yang berjaya mara ke peringkat akhir FA Women's Cup setelah menundukkan Barnet 5-0 dengan ini bermaksud Ladies telah menempah tiket ke Champions League musim depan dan akan menentang Bristol Academy di final..

Arsenal Ladies memulakan perlawanan ini tanpa kelibat kapten mereka Faye White yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan.. Namun kembalinya Fabregas versi Ladies mereka iaitu Kim Little, pasukan yang diketuai oleh Katie Chapman ini memastikan mereka mara ke final setelah membedil Barnet 5-0..

Arsenal Ladies yang masih segar dengan kemenangan 1-0 mereka ke atas Bristol Academy terima kasih kepada jaringan dari jarak 40 ela oleh Jennifer Beattie, mendahului seawal minit ke-4 hasil daripada jaringan penyerang, Ellen White menerusi tandukan..

4 minit kemudiannya Arsenal Ladies memastikan mereka selesa mendahului 2-0 hasil daripada jaringan tonggak utama mereka Kim Little.. Di mana pemain Barnet mempersoalkan gol tersebut selepas Little bijak melepasi penjaga gol Barnet yang meluru ke arahnya sebelum menolak masuk bola ke gawang Barnet..

Ellen White sekali lagi mengegar jaring selepas memastikan Ladies mendahului 3-0 sebelum separuh masa pertama tamat menerusi rembatan cantik..

Seminit selepas separuh masa kedua bermula, Rachel Yankey memastikan Ladies mendahului 4-0 selepas percubaan ataupun maybe crossing yang dilakukan Yankey telah memperdayakan penjaga gol Barnet untuk gol keempat Arsenal Ladies..

Minit ke-54 menyaksikan Ellen White melengkapkan hatrik pertamanya bersama Arsenal Ladies untuk memastikan Arsenal Ladies menang 5-0 dan seterusnya menempah tiket ke final FA Women's Cup dan juga tiket untuk kelayakan ke UEFA Women's Champions League yang kesembilan berturut-turut Arsenal Ladies..

Arsenal Ladies pastinya mahu membawa pulang semula FA Women's Cup yang dilepaskan mereka musim lepas kepada Everton Ladies selepas tewas tipis 3-2 untuk menyaksikan Ladies tewas buat pertama kalinya di final dalam 11 kejayaan mereka mara ke final FA Women's Cup di mana turut menyaksikan mereka gagal menjulang piala tersebut buat kali kelima berturut-turut..

So sekali lagi Ladies menunjukkan winning mentality mereka.. Atikah rasa pasukan Arsenal lelaki kena belajar pasal winning mentality dengan pasukan Ladies.. Kerana sekali lagi Arsenal lelaki menunjukkan kelemahan mentaliti mereka sementara skuad Arsenal Ladies menunjukkan kekuatan mentaliti mereka.. Anyway tahniah Arsenal Ladies!!

0 comments:

Post a Comment