Szczesny set to be on goal
5 minggu yang dahulu Wojciech Szczesny memeningkan kepala Arsene Wenger selepas mengalami kecederaan di jarinya yang dijangka akan menamatkan musimnya lebih awal.. Namun hari ini Szczesny telah kembali menjalani latihan dan hanya selangkah sahaja lagi dari memulakan perlawanan menentang Liverpool hujung minggu ini..Szczesny akan menjalani ujian kecergasan sebelum perlawanan dan Wenger sendiri tidak menolak kemungkinan Jens Lehmann akan kembali berada di bangku simpanan.. Wenger turut mengakui beliau tidak akan merisikokan Manuel Almunia yang telah kembali menjalani semula latihan untuk perlawanan hujung minggu ini..
Satu lagi berita baik ialah kembalinya gandingan mantap Laurent Koscielny dan Johan Djourou setelah sebulan Djourou berehat selepas menjalani pembedahan kecil ke atas bahunya.. Alex Song juga bersedia sepenuhnya untuk membantu bahagian pertahanan Arsenal dari serangan Luis Suarez dan Andy Carroll selepas disahkan Wenger yang Song cergas sepenuhnya..
Thomas Vermaelen yang berehat hampir keseluruhan aksi musim ini dijangkakan Wenger akan kembali semula ke dalam pasukan Arsenal selepas seminggu menjalani latihan penuh.. Namun tiada masa yang pasti bila Vermaelen akan kembali semula mengukuhkan bahagian pertahanan Arsenal yang jelas merindui kelibat Verminator yang kali terakhir beraksi untuk Arsenal pada bulan Ogos yang lalu..
Namun disebalik semua itu, Arsenal disahkan akan menerima kunjungan Liverpool hujung minggu ini tanpa kelibat Bacary Sagna, Tomas Rosicky dan Aaron Ramsey yang masing-masing masih gagal untuk pulih sepenuhnya dari kecederaan.. Selain daripada itu tiada sebarang masalah kecederaan besar dan setakat ini hanya Lukasz Fabianski sahaja yang pasti tidak akan lagi kembali beraksi musim ini..
Sementara itu esok Arsenal Ladies akan menerima kunjungan Lyon untuk second leg Women's Champions League semi final di mana mereka akan berhadapan ujian getir untuk mara ke final Champions League yang akan berlangsung di London bulan depan selepas tewas 2-0 pada first leg 2 minggu yang lalu..
Namun Ladies akan kembali memperoleh khidmat Gilly Flaherty yang muncul hero Arsenal pada perlawanan menentang Chelsea tempoh hari dari pergantungan perlawanan dan juga Niamh Fahey yang turut kembali dari pergantungan perlawanan.. Namun Ladies masih akan beraksi tanpa khidmat penolong kapten pasukan, Jayne Ludlow yang masih bergelut dengan kecederaan Achilles..
Arsenal Ladies dijangka akan berjuang habis-habisan untuk sekali lagi merekodkan kemenangan mengkagumkan untuk mara ke pusingan seterusnya.. Ladies pernah berada di situasi ini pada bulan November yang lalu.. Mereka menerima kunjugan Rayo Vallecano dengan kekalahan 2-0 namun berjaya menumpaskan mereka 4-1 untuk mara ke suku akhir dan mencatatkan sejarah sebagai comeback terbaik..
Namun perlawanan ini agak berbeza dengan perlawanan sebelum ini kerana Lyon bukanlah pasukan yang mudah untuk ditewaskan.. Mereka merupakan finalis musim lalu yang hanya tumpas di final semasa penentuan sepakan penalti.. Namun Ladies telah menunjukkan character tidak mudah mengalah mereka.. Jadi harapnya dengan bantuan penyokong Arsenal, mereka mampu melakukan satu lagi comback terbaik untuk mara ke final Champions League.. Go Ladies!!
0 comments:
Post a Comment