28 April 2011

Good Luck Ladies!!

Arsenal Ladies malam ini akan menanti kunjungan pendahulu liga Birmingham Ladies.. Ladies yang berada di tempat kedua dengan dipisahkan 3 mata dari pendahulu, Birmingham dengan Birmingham telah bermain lebih dari satu perlawanan pastinya mahu memastikan mereka memperoleh kejayaan malam ini menentang pasukan yang mengecewakan pasukan lelaki Arsenal dua bulan lalu..

Namun Ladies dilihat agak tempang untuk perlawanan ini walaupun secara dasarnya Ladies masih menjadi pasukan pilihan.. Namun 2 gol dalam 2 perlawanan liga setakat ini bukanlah satu rekod yang baik memandangkan Birmingham telah menjaringkan sejumlah 9 gol dalam 3 perlawanan liga.. Namun kedua-dua pasukan telah menunjukkan yang pertahanan mereka cukup kental kerana kedua-duanya masih belum ditembusi lawan..

Namun berita yang kapten pasukan yang juga pemain pertahanan utama mereka, Faye White mengalami kecederaan hamstring tendon sehingga menyaksikan beliau akan berehat selama 6-8 minggu pastinya bakal menganggu pasukan.. Terutama sekali mereka masih kehilangan khidmat penolong kapten pasukan, Jayne Ludlow akibak kecederaan achilles..

Ladies juga akan menyaksikan bekas pemain dan salah seorang lagenda Arsenal Ladies, Karen Carney kembali ke Boreham Wood dengan mewakili Birmingham Ladies.. Ini pastinya satu lagi masalah kepada skuad Ladies.. Namun Ladies pastinya mahu memenangi perlawanan ini untuk memberikan amaran kepada semua pasukan lain yang mereka masih yang terbaik di England..

Walau apa-apa pun Good Luck Ladies!! Pastikah Arsenal menang!! Come on Ladies kita balas dendam kepada Birmingham!! Cukuplah mereka hancurkan peluang Arsenal Lelaki untuk memenangi kejuaraan, jangan berikan peluang kepada Birmingham untuk melakukannya kepada pasukan Ladies pula!! Anyway ini highlights game Arsenal Ladies VS Bristol City tempoh hari.. What a nice goal from Jennifer Beattie!!

P/S : Arsenal Ladies patut dapatkan penalti!! Jelas sekali Ellen White dikasari di dalam kotak penalti..

0 comments:

Post a Comment