18 April 2011

PFA Award Winner

Jack Wilshere telah di namakan sebagai pemenang anugerah PFA Young Player of The Year hasil daripada aksi memukau yang dipersembahkannya pada musim ini terutama sekali semasa perlawanan suku akhir Champions League menentang Barcelona di mana Wilshere telah di namakan sebagai pemain terbaik perlawanan di Stadium Emirates..

"It is my first full season and it is a massive award, especially from my fellow players.. It is amazing.. I am very proud to be the fifth recipient from Arsenal, it is good to keep this history going.. Arsenal is a good club for bringing youngsters through and they keep proving it so I would like to thank the manager as well.."

Berikut ialah komen Jack Wilshere.. Kemenangan Wilshere ini menyaksikan beliau menjadi pemain kelima Arsenal yang memenangi anugerah ini selepas Tony Adams, Paul Merson, Nicolas Anelka dan kapten pasukan Arsenal sekarang ini, Cesc Fabregas.. Namun sayangnya Samir Nasri tewas kepada Gareth Bale untuk anugerah PFA Player of the Year..

Kemenangan tersebut telah dipertikaikan ramai orang memandangkan berapa sangatlah aksi memukau yang ditunjukkan Bale sepanjang musim ini berbanding calon pilihan Samir Nasri.. Ini bagaikan satu lagi kekejaman kepada Arsenal selepas tahun lepas Fabregas di nafikan kemenangan PFA Young Player of the Year walaupun jelas sekali Fabregas lebih berhak menerimanya daripada James Milner..

Sementara itu untuk anugerah PFA Team of The Year.. Tiga pemain Arsenal telah disenaraikan dengan Bacary Sagna telah dipilih sebagai bek kanan terbaik hasil daripada kecemerlangannya musim ini yang telah menyaksikan beliau menjaringkan 2 gol.. Ini merupakan kali kedua Sagna dipilih..

Samir Nasri turut berada di dalam senarai PFA Team of The Year untuk posisi tengah.. Nasri yang telah menjaringkan sejumlah 14 gol sepanjang musim ini tidak di nafikan lagi antara pemain terbaik di EPL sepanjang musim ini.. Aksi Nasri sepanjang musim ini telah menyaksikan Arsenal berjaya menempuhi halangan beraksi tanpa nadi utama pasukan, Fabregas..

Rakan gandingan Nasri di bahagian tengah PFA Team of The Year tidak lain dan tidak bukan, Jack Wilshere.. PFA Young Player of The Year ini yang telah diklasifikasikan oleh peminat England sebagai hero mereka yang seterusnya cukup berhak untuk berada di dalam pasukan terbaik tahunan PFA..

So tahniah kepada Sagna, Nasri dan Wilshere.. Sayang Nasri tidak memenangi anugerah PFA Player of The Year walaupun jelas sekali beliau berhak menerimanya.. Namun biasalah semuanya anti Arsenal.. Mereka x nak bagi Arsenal sapu bersih anugerah tu.. Wilshere menang pun mungkin sebab dia hero baru England.. Kalau x silap2 diaorang bagi dekat orang lain.. Adios..

0 comments:

Post a Comment