17 April 2011

Ladies lose but proud of them!!

Arsenal Ladies telah dihampakan oleh Lyon untuk mara ke pusingan akhir UEFA Women's Champions League selepas tewas 5-2 secara agregat.. Ladies tewas 3-2 pada perlawanan second leg walaupun berusaha keras untuk melakukan comeback terbaik dalam sejarah bola sepak.. Namun nasib tidak menyebelahi mereka kali ini.. Perlawanan ini juga Ladies kehilangan Gilly Flaherty akibat kecederaan yang diharapnya tidaklah terlalu serius..

Sebelum perlawanan bermula Ladies telah dikejutkan dengan kecederaan minit-minit akhir pemain utama mereka, Kim Little (ala-ala Fabregas Arsenal Ladies) akibat kecederaan.. Ianya jelas sekali bakal memberikan masalah besar kepada pasukan terutama sekali mereka telah pun kehilangan Jayne Ludlow.. Namun Ladies langsung tidak menunjukkan perasaan gentar mereka..

Jordan Nobbs hampir sahaja memastikan Arsenal mendahului seawal 19 saat masa bermula hanya untuk melihat percubaannya berjaya ditepis sedikit penjaga gol Lyon.. Namun selepas itu Lyon mula mengucar kacirkan pertahanan Ladies sehingga menyaksikan Emma Byrne berhempas pulas mengawal gawangnya namun masih gagal menyelamatkan gawangnya daripada 3 kali di bocori pada separuh masa pertama..

Arsenal Ladies cuba bangkit pada separuh masa kedua walaupun jelas sekali ianya mustahil untuk mereka mengubah keputusan tersebut.. Laura Harvey telah membawa masuk penyerang prolifik Ladies, Julie Fleeting dengan mengeluarkan Danielle Carter dan jelas sekali keputusan tersebut membuahkan hasil dengan Fleeting menjaringkan gol untuk memberikan sedikit harapan kepada Ladies..

Ellen White cuba merapatkan jurang dengan menjaringkan gol kedua pasukan namun ianya agak terlambat untuk melakukan come back selepas hanya 5 minit sahaja lagi masa tinggal.. Namun walau apa-apa pun Atikah bangga dengan pasukan Arsenal Ladies yang semangat berjuang mereka tidak pernah pudar walaupun jelas sekali mereka langsung tiada peluang untuk melakukan come back dan memenangi perlawanan tersebut..

Kini Ladies perlu menumpukan perhatian untuk mara ke final FA Women's Cup untuk slot ke UEFA Women's Champions League musim depan.. Kerana Ladies akan hadir musim depan dengan semangat yang baru dan cara permainan yang lebih improve dan lebih berpengalaman dan misi yang sama iaitu kembali membawa pulang kejuaraan Eropah yang di menangi mereka pada tahun 2007.. Proud of you Ladies!!

0 comments:

Post a Comment