Wenger about Diaby injury and summer transfer


Namun seperti kebiasaannya Atikah rasa Wenger tidak akan sibuk musim panas ini walaupun diberikan dana yang banyak.. Ini turut di akui Wenger sendiri yang mengesahkan walaupun beliau menerima dana yang banyak beliau tidak rasa yang beliau akan sibuk pada musim panas ini selepas beliau masih berpuas hati dengan para pemainnya..
Oh Wenger.. Atikah tidak kisah kalau kita tidak beli penjaga gol baru memandangkan kita sudah ada Wojciech Szczesny, Lukasz Fabianski dan Vito Mannone dan kita juga boleh memanggil Jens Lehmann pada bila-bila masa bila diperlukan.. Namun kita perlukan seorang pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang..
Terutama sekali pemain pertahanan seperti Sebastien Squillaci langsung tidak menarik perhatian sejak beliau menyertai Arsenal.. Dengan masa depan Nicklas Bendtner sekali lagi dalam keraguan Wenger mungkin patut mencari seorang penyerang yang cukup prolifik terutama sekali selepas Marouane Chamakh terus hilang selepas permulaan cemerlang musim ini..
Terutama sekali dengan Robin Van Persie seperti biasa pasti tidak akan lari dari masalah kecederaan.. Mungkin bahagian tengah Arsenal sudah cukup bagus tapi mungkin Wenger patut menjual Denilson dan Diaby.. Denilson musim ini gagal untuk menjadi pengganti yang bagus apabila Alex Song cedera dan Diaby pula terus menerus mensia-siakan skillnya..

2 comments:
mengharapkan ada rombakan besar hujung musim nih..
23.4.11perlukan seorang attacking midfielder yang lebih bagus...
23.4.11xboleh harap pada fabregas je...bile mamat ni oof form atau injured
masing2 xleh harap
alex ferguson memperlekeh arsenal <-- klik
Post a Comment