15 April 2011

Djourou, Szczesny & Vermaelen set to boost Arsenal

Disebalik kesedihan yang menyebulungi kem Arsenal dengan berita kematian Danny Fiszman yang banyak berjasa kepada Arsenal di belakang tabir terutama sekali dengan pembinaan Emirates Stadium, Arsenal dijangka akan menerima berita baik semasa menerima kunjungan Liverpool hujung minggu ini..

Wojciech Szczesny dijangka akan kembali semula ke pangkuan pasukan selepas pulih sepenuhnya dari kecederaannya.. Namun beliau akan menjalani ujian kecergasan terlebih dahulu.. Mengikuti Szczesny adalah tonggak utama bahagian pertahanan Johan Djourou yang sebelum ini dijangka terlepas aksi sepanjang musim ini..

Denilson dan Alex Song juga dijangka akan memberikan berita baik di kem Arsenal sebelum perlawanan menentang Liverpool hujung minggu ini di mana perlawanan tersebut pastinya mahu dimenangi Arsenal untuk menghadiahkannya kepada Danny Fiszman yang cukup berjasa kepada Arsenal walaupun dari belakang tabir..

Menambahkan lagi berita baik ialah pemain pertahanan yang cukup dirindui peminat Arsenal, Thomas Vermaelen kini telah mula menjalani latihan penuh selepas berjaya akhirnya pulih dari kecederaan achilles yang menghantuinya sepanjang musim ini.. Namun masih belum dapat dipastikan bila Verminator akan kembali ke dalam pasukan memandangkan agak lama Vermaelen hanya menyaksikan perlawanan di tepi padang..

Jens Lehmann dijangka akan terus mengawal gawang Arsenal hujung minggu ini selepas Manuel Almunia masih lagi bergelut dengan kecederaan buku lali yang di alaminya semasa memanaskan badan sebelum perlawanan menentang Blackpool tempoh hari.. Emmanuel Eboue juga dijangka terus kekal di posisi bek kanan selepas Bacary Sagna masih gagal pulih dari kecederaan lutut yang di alaminya..

Sementara itu Arsenal Ladies yang memulakan kempen Women's Soccer League telah berjaya mengutip 3 mata penuh untuk memastikan misi mereka memenangi kejohanan format baru ini dan mempertahankan gelaran sebagai pasukan wanita terbaik England selepas berjaya menundukkan musim tradisi Arsenal, Chelsea Ladies 1-0..

Arsenal Ladies yang masih merasai kekalahan 2-0 di tangan Lyon pada first leg separuh akhir Champions League di Perancis tempoh hari dilihat sukar menyesuaikan diri dengan padang baru yang dilaporkan kurang memuaskan.. Namun Gilly Flaherty yang tidak dikawal semasa sepakan penjuru yang di ambil Kim Little, berjaya memastikan Arsenal mengutip 3 mata penuh..

So tahniah Ladies.. Harapnya mereka akan berjaya melakukan keajaiban sekali lagi semasa menerima kunjungan Lyon di Boreham Wood hujung minggu ini untuk memastikan tempat mereka ke peringkat akhir Champions League yang akan dijalankan di Craven Cottage.. So congratz and good luck Ladies!! Adios..

0 comments:

Post a Comment