29 October 2010

Arsenal Ladies Friendly Match Result

Arsenal Ladies yang mengatur perlawanan pemanas badan sebelum perlawanan suku akhir Champions League minggu depan di Sepanyol, berjaya mengatur dua perlawanan iaitu menentang Colchester United semalam dan juga Watford pada hari ahad ini.. Di sini Atikah beritahu keputusan perlawanan pertama pemanas badan Arsenal Ladies menentang Colchester United..

Arsenal Ladies terpaksa mengatur perlawanan pemanas badan ini disebabkan musim bola sepak wanita England hanya akan dimulakan pada bulan Mac namun musim bola sepak melalui musim ini dengan format baru liga namun kempen di Eropah masih seperti biasa.. Jadi skuad Arsenal Ladies terpaksa menjalani beberapa perlawanan persahabatan untuk mengekalkan tahap kecergasan..

Namun ianya dilihat tidak menganggu skuad Arsenal Ladies walaupun kurangnya perlawanan kompetitif sebelum bersaing di peringkat tertinggi.. Ianya di buktikan dengan keupayaan mereka mara ke suku akhir Champions League dan juga keupayaan mereka menampilkan aksi cemerlang pada setiap perlawanan persahabatan mereka..

Perlawanan semalam juga tidak terkecuali di mana Arsenal Ladies menyambut kepulangan semula penyerang prolifik, Julie Fleeting yang baru pulih dari kecederaan dan perlawanan ini juga menyaksikan Katie Chapman yang kembali ke pangkuan pasukan selepas hampir setahun berkelana di US..

Separuh masa pertama bermula dengan cemerlang selepas hantaran cantik dari Rachel Yankey yang bijak membawa bola dari sebelah kiri kepada Kim Little menyaksikan nadi utama pasukan ini mudah menolak masuk bola melepasi penjaga gol seawal minit ke-12..

Pemain baru, Jordan Nobbs meneruskan aksi cemerlangnya dengan rembatan padunya yang hanya mampu ditepis kepada Julie Fleeting yang membuktikan mengapa Atikah dan peminat-peminat Arsenal Ladies mengatakan beliau ialah penyerang prolifik Arsenal apabila mudah meletakkan gol ke gawang Colchester pada minit ke-27 untuk memastikan Arsenal mendahului 2-0 sebelum bermulanya separuh masa kedua..

Katie Chapman menunjukkan apa yang Arsenal Ladies hilang dan rindu semasa ketiadaan beliau apabila Chapman memastikan beliau kembali ke Arsenal dengan jaringan gol selepas meledakkan voli cantik melepasi penjaga gol Colchester.. Julie Fleeting mengesahkan kemenangan 4-0 Arsenal menerusi sepakan penalti.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment