16 October 2010

Pre Match : Arsenal VS Birmingham

Arsenal akan menanti kunjungan Birmingham di laman sendiri untuk mencari kemenangan pertama sejak kekalahan di tangan West Brom dan Chelsea di saingan liga perdana.. Perlawanan ini akan bermula pada pukul 10 malam ini dengan siaran langsung akan disiarkan di Astro Star Sport channel 813..

Okey sebelum Atikah berikan bayangan kesebelasan utama Arsenal pada perlawanan ini dan memberikan pandangan, baik Atikah berikan dahulu berita terkini kecederaan pemain Arsenal.. Theo Walcott, Nicklas Bnedtner dan juga Kieran Gibbs disahkan kembali menyertai pasukan selepas pulih dari kecederaan..

Namun Laurent Koscielny dan Bacary Sagna menambahkan lagi senarai kecederaan pemain Arsenal yang sudah pun panjang.. Wenger mengesahkan Cesc Fabregas bakal diketepikan pada perlawanan ini selepas Wenger mengatakan terlalu awal untuk membenarkan Fabregas kembali walaupun sudah hampir dua minggu Fabregas kembali menjalani latihan..

Lukasz Fabianski akan mengekalkan posisinya di gawang Arsenal selepas Manuel Almunia gagal cergas tepat pada masanya untuk perlawanan malam ini.. Thomas Vermaelen, Robin Van Persie dan juga Aaron Ramsey akan terus terlepas perlawanan ini.. So dah habis update injury news mari kita tengok bayangan kesebelasan utama Arsenal malam ini..

FABIANSKI
EBOUE-----SQUILLACI-----DJOUROU-----CLICHY
DIABY-----SONG-----WILSHERE
NASRI-----CHAMAKH-----ARSHAVIN

Atikah menjangkakan yang Bendtner, Walcott dan Gibbs hanya akan berada di bangku simpanan walaupun Atikah nak sangat mereka bertiga memulakan perlawanan.. Namun jika Wenger berkira-kira merehatkan beberapa tonggak, mungkin mereka bertiga akan beraksi.. Apa-apa pun semuanya terpulang kepada Wenger..

Ketiadaan Bacary Sagna sudah semestinya membuka peluang kepada Emmanuel Eboue beraksi di posisi kegemarannya sebagai pemain bek kanan.. Sama ada kita sedar ataupun tidak, Eboue sebenarnya jauh lebih bagus beraksi sebagai bek kanan berbanding bermain sebagai pemain tengah kanan ataupun pemain sayap kanan..

Kecederaan yang menimpa Koscielny dan Vermaelen pula pastinya membuka pintu buat Johan Djourou beraksi dan memberikan saingan di bahagian pertahanan Arsenal untuk tempat di barisan kesebelasan utama Arsenal bersama-sama Vermaelen yang pastinya sudah terjamin tempatnya..

Wenger juga sempat memberitahu yang beliau tidak akan mengulangi sejarah Sol Campbell awal tahun ini dengan mendapatkan semula tandatangan Robert Pires yang kini menjalani latihan bersama Arsenal untuk mengekalkan tahap kecergasannya sementara beliau mencari kelab baru untuk dituju..

Menurut Wenger beliau membuat keputusan tersebut disebabkan pasukannya sudah ramai pemain dan beliau tidak mahu gaji pemain melebihi had yang dirancangkan supaya ianya tidak menjejaskan faktor kewangan Arsenal.. Perlawanan ini pastinya bakal menjadi tumpuan memandangkan perlawanan ini merupakan perlawanan ke-800 Wenger mengendalikan Arsenal..

Dan juga kembalinya si pembelot yang tidak mengenang budi, Alexander Hleb yang selama ini mengutuk Arsenal sejak berhijrah ke Barcelona dan memujuk pemain Arsenal seperti Fabregas dan Van Persie menyertainya di Nou Camp.. Namun awal tahun ini Hleb telah meminta maaf secara terbuka setelah menyedari beliau dilain bagaikan sampah di Barca.. Adios and good luck Arsenal!!

0 comments:

Post a Comment