27 October 2010

Pre Match : Arsenal VS Newcastle United

Arsenal akan menggunakan skuad terbaiknya pada perlawanan awal pagi ini walaupun beberapa tonggak utama akan direhatkan.. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung pada pukul 2.40 pagi ini di Astro SuperSport 2 channel 816.. Berikut ialah bayangan kesebelasan utama yang Atikah jangkakan akan diturunkan Wenger..

SZCZESNY
EBOUE-----NORDVEIT-----KOSCIELNY-----GIBBS
DIABY-----EASTMOND-----LANSBURY
WALCOTT-----BENDTNER-----VELA

Wenger pastinya akan menurunkan Walcott dan Bendtner dalam kesebelasan utamanya kali ini selepas kedua-duanya jelas semakin menghampiri prestasi terbaiknya dan tahap kecergasan mereka juga dilihat telah pulih.. Koscielny yang baru pulih dari kecederaan pastinya akan bergandingan dengan seorang lagi pertahanan muda Arsenal yang baru pulih dari kecederaan iaitu Nordtveit..

Nordtveit terlepas perlawanan menentang Spurs tempoh hari akibat kecederaan last minit yang di alaminya.. Sementara itu hatrik hero skuad simpanan Arsenal, Jay Emmanuel Thomas juga pasti akan beraksi sama ada sebagai pemain kesebelasan utama mahupun dari bangku simpanan.. Szczesny sudah pastinya akan beraksi di gawang Arsenal pada perlawanan ini dan memberikan saingan kepada rakan baiknya, Fabianski untuk posisi no. 1 Arsenal..

Apa-apa pun semoga Arsenal mencatatkan kejayaan.. Harapnya defend akan lebih berjaga-jaga dengan pemain serangan Newcastle dan jangan asyik mengharapkan kepada penjaga gol sahaja untuk memastikan gawang tidak di bolosi.. Sebagus mana pun penjaga gol itu kalau asyik ditekan bertubi-tubi pastinya akan ada gol yang dijaringkan.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment