19 October 2010

Pre Match : Arsenal VS Shaktar Donestk

Arsenal bakal menerima kunjungan Shaktar Donestk di Emirates Stadium dengan misi mengekalkan rekod cemerlang di saingan Eropah selepas setakat ini mudah menundukkan Sporting Braga 6-0 (di Emirates Stadium) dan Partizan Belgrade 3-1 (di tempat sendiri).. Namun perlawanan ini lebih mencuri tumpuan dengan kembalinya semula bekas Gunners Eduardo Da Silva..

Namun sebelum Atikah bercerita panjang lebar dan memberikan bayangan kesebelasan utama, Atikah akan updatekan dulu berita kecederaan Arsenal.. Fabregas dan Walcott telah pulih dari kecederaan namun hanya akan memulakan perlawanan dari bangku simpanan bergantung jika Wenger mahu memperjudikan mereka..

Koscielny, Vermaelen, Van Persie dan juga Sagna akan terus terlepas perlawanan ini akibat kecederaan.. Manuel Almunia juga akan terlepas perlawanan ini dengan Lukasz Fabianski akan terus mengekalkan kedudukannya di gawang Arsenal dan diharapnya mampu meneruskan persembahan cemerlangnya untuk terus mengetepikan Almunia selepas beliau pulih dari kecederaannya nanti..

FABIANSKI
EBOUE-----SQUILLACI-----DJOUROU-----CLICHY
DIABY-----SONG-----WILSHERE
NASRI-----CHAMAKH-----ARSHAVIN

Namun Atikah rasa mungkin Wenger akan merehatkan Clichy untuk memberikan peluang kepada Kieran Gibbs beraksi dan juga untuk membenarkan Clichy berehat sebelum perlawanan getir menentang Man. City hujung minggu ini.. Atikah juga harap Wenger tolonglah letakkan di Arshavin di bangku simpanan dan membenarkan Tomas Rosicky mengisi tempat Arshavin..

Ini kerana Atikah lihat Arshavin jauh lebih bagus jika dibawa masuk sebagai pemain gantian.. Siapa setuju?? Dan juga jika Theo Walcott beraksi di sayap kanan ataupun penyerang kanan Arsenal.. Entah kenapa, namun itulah hakikatnya.. Namun apa-apa pun harapnya siapa sahaja akan diturunkan akan membantu Arsenal mencatatkan kejayaan..

Okey tidah sah jika sekali lagi Atikah tidak menyebut tentang kepulangan semula Eduardo di Emirates Stadium.. Kerana Eduardo masih di hati peminat Arsenal kerana Eduardo cukup cemerlang semasa musim pertamanya di Arsenal sebelum Martin Kelly mematahkan kakinya sehingga menyaksikan Eduardo terus bergelut dengan prestasinya..

Pemergiannya bukannya mudah untuk fans Arsenal menerimanya.. Dan kepulangannya semula pastinya menyaksikan Eduardo bakal menerima penghormatan daripada fans Arsenal.. Atikah cukup tidak sabar untuk perlawanan ini dan kepulangan semula Eduardo.. Atikah harap semua fans Arsenal akan bersatu dan memberikan penghormatan kepada Eduardo sebaik beliau menjejakkan kaki di Emirates Stadium.. Adios and welcome back Dudu..

P/S: Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung pada pukul 2.40 pagi ini di Astro Star Sport saluran 813.. Dan satu lagi jangan saksikan perlawanan ini di gerai atau restoran dan seumpana dengannya kerana mereka pastinya menyiarkan perlawanan di antara Real Madrid dan AC Milan..

7 comments:

Jalie Da said...

hihi.. last information yg menarik tu atikah.. masing2 bawak decoder astro kat kedai mamak ler.. hehe..

19.10.10
atikah said...

bagus jugak tu.. hahah.. x lah atikah bagitau tu sbb aritu mase game dgn birmingham ramai fans arsenal kata mereka tunjuk game MU.. so tu yg atikah siasat dulu tu.. hahah.. nnt kesian gi lepak dkt gerai pagi2 tapi x leh tgk game..

19.10.10
mat ezad said...

Atikah, yang tackle eduardo sampai patah kaki itu namanya Martin Taylor kan?

19.10.10
azxej said...

btol 2....rosicky ok kot...masuk dlu...pas 2 arshavin msuk sbgai pmain gatian...sbb rosicky pon xleh men full...so arshavin masuk dgn serangan pantas dia mgkn akan memancitkan pemain lawan...lg satu patik xbapa gemar dgn diaby 2.. apa kata masukkan pemain muda y len.. dia 2 ok cuma byk pgg bola...

19.10.10
irfat said...

aku pun rase macam martin taylor jugak mat ezad. hoho

19.10.10
Jalie Da said...

mat ezad: aku rasa betui dah mmg ada taylor.. tp tak pasti martin taylor ke atau pun ape..

azxej: strategi yg 1st aku suka sgt, tp yg bab diaby tu ada sikit laa keraguan, bg aku la kan.. diaby tu kalu betui2 perform n control ball dia tak loose, kompem bleh blah punya, tp kalu mlm tu perform hampeh, mmg nampak jelas hampeh nyer..

Atikah: Amacam ngan web?? how progress??

19.10.10
shahril said...

arsenal..your deserve to win..5-1.....fanstatic with the arsenal style..Keep the faith arsene wenger....

20.10.10

Post a Comment