21 October 2010

Sagna kembali namun Vermaelen terus diketepikan

Seperti biasa berita kecederaan Arsenal akan membawa berita baik dan juga berita buruk.. Bacary Sagna menjadi satu-satunya pemain Arsenal yang 100% akan kembali menyertai pasukan selepas pulih dari kecederaan thighnya.. Ini bermakna Emmanuel Eboue yang cemerlang mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sagna akan kembali ke bangku simpanan..

Laurent Koscielny pula mempunyai peluang sebanyak 20% untuk kembali turut serta ke dalam pasukan selepas hampir pulih sepenuhnya dari kecederaan belakangnya sejak sebelum perlawanan menentang Birmingham City minggu lepas.. Namun Atikah menjangkakan yang gandingan Squillaci dan Djourou akan terus digunakan..

Lukasz Fabianski sekali lagi mempunyai peluang untuk memperkukuhkan kedudukan sebagai penjaga gol nombor satu Arsenal selepas Arsene Wenger mengesahkan yang Manuel Almunia telah pulih dari kecederaan sikunya namun Almunia masih belum bersedia untuk mengambil alih tempat Fabianski yang kini semakin berkeyakinan, mula menarik perhatian peminat dan beraksi cemerlang sehingga dipilih pemain terbaik perlawanan Arsenal semasa menentang Partizan dan Chelsea..

Thomas Vermaelen pula terus memberikan kerisauan di kem Arsenal selepas kecederaan achillesnya masih belum pulih sedangkan sudah 6 minggu Vermaelen terpaksa diketepikan.. Wenger menjangkakan Vermaelen akan kembali bersama-sama Aaron Ramsey dan Van Persie pada bulan depan.. Namun Wenger sekali lagi menegaskan yang kecederaan Vermaelen not a long term injury..

Wenger juga menegaskan yang beliau memiliki dana yang mencukupi untuk membeli seorang atau dua pemain baru jika diperlukan.. Namun Atikah dapat merasakan Wenger x akan membeli pemain baru melainkan terdesak.. Okey itu sahajalah berita kecederaan terkini Arsenal.. Adios!!

3 comments:

zizie said...

Apa la nasib Vermaelen
Roben VAn Persie & Walcot pun same..

22.10.10
Dzulkarnaim Othman said...

bila la team arsenal nk sempurna????

22.10.10
Unknown said...

Rindu giler nak tgk aksi Vermaelen dan tak sabo nak tgk gandingan Vermaelen n Squillaici

22.10.10

Post a Comment