Arsenal menang tapi Wilshere digantung 3 perlawanan


Arsenal sudah semestinya tidak akan membuat bantahan tentang kad merah tersebut kerana jelas sekali young Jack Wilshere berhak menerimanya dengan Wilshere juga telah memberitahu Wenger yang tacklenya lambat dan beliau menerima keputusan pengadil perlawanan dengan hati yang terbuka dan akan menjalani pergantungan 3 perlawanan tersebut.. Dan Wenger juga mengakui Wilshere akan menerima hukuman tersebut..
FABIANSKI
EBOUE-----SQUILLACI-----DJOUROU-----CLICHY
DIABY-----SONG-----WILSHERE
NASRI-----CHAMAKH-----ARSHAVIN
EBOUE-----SQUILLACI-----DJOUROU-----CLICHY
DIABY-----SONG-----WILSHERE
NASRI-----CHAMAKH-----ARSHAVIN
Arsenal sekali lagi menampilkan aksi kurang menyakinkan pada separuh masa pertama dengan beberapa kali mensia-siakan peluang.. Birmingham mengambil peluang hasil kesilapan pertahanan Arsenal membiarkan Nikola Zigic tidak dikawal dengan Zigic mudah menanduk masuk gol pertama perlawanan melepasi jangkauan Lukasz Fabianski ke sudut kanan pintu golnya..



Abou Diaby jelas sekali merupakan ancaman terhadapa pertahanan Birmingham walaupun persembahan beliau masih mengecewakan terutama sekali di hadapan pintu gol.. Menurut Wenger Diaby masih bergelut dengan kecederaan buku lalinya yang sering menganggunya sejak ditackle pemain Bolton awal bulan lalu..
Lukasz Fabianski sekali lagi membuktikan dirinya berada di prestasi terbaiknya selepas sekali lagi beraksi cemerlang dan membuat beberapa keputusan yang bijak.. Atikah akui Fabianski masih cenderung melakukan kesilapan namun sekurang-kurangnya kali ini kesilapannya tidak terlalu membawa padah dan beliau ataupun pemain Arsenal berjaya mencovernya.. Namun apa yang pasti Fabianski semakin menambat hati peminat Arsenal dan semakin membuat improvement..

Namun apa-apa pun Atikah harap pertahanan Arsenal tolonglah lebih aware ataupun lebih ambil kisah tentang pemain pasukan lawan yang mampu memusnahkan pasukan.. Jangan leka semasa marking pemain yang dilihat berbahaya.. Kerana jelas sekali, sekali lagi kesilapan tersebut hampir sahaja membawa padah..
Pemain tengah Arsenal juga perlu lebih kreatif terutama sekali dalam sudut hantaran.. Kerana Chamakh serta Bendtner terpaksa berada di bawah untuk menerima bola.. Harapnya kehadiran semula kapten pasukan, Cesc Fabregas pertengahan minggu depan bakal melenyapkan masalah ini..
Untuk bahagian serangan pula.. Tolonglah lebih berbisa di hadapan pintu gol.. Terutama sekali semasa peluang keemasan dan one on one dengan penjaga gol.. Harapnya kejayaan Arsenal akan berterusan dan tolonglah jangan ada lagi masalah kecederaan.. Hasil pemerhatian Atikah, perlawanan malam tadi dilihat tidak akan menambahkan lagi masalah kecederaan Arsenal.. Adios!!
1 comments:
lepas ni lwn MAn city la..
17.10.10Post a Comment