30 October 2010

Pre Match : Arsenal VS West Ham

Arsenal yang masih segar dengan kemenangan ke atas Man. City dan Newcastle United tempoh hari pastinya mahu mengekalkan rentak kemenangan ini dengan perlawanan menentang pasukan yang bergelut, West Ham United di Emirates Stadium untuk terus mengasak pendahulu Chelsea.. Perlawanan ini akan disiarkan pada pukul 10 malam di Astro ESPN channel 812..

FABIANSKI
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----NASRI
WALCOTT-----CHAMAKH-----ARSHAVIN

Berikut ialah bayangan barisan kesebelasan hari ini.. Fabianski bakal mengambil kembali posisinya sementara Koscielny akan kembali ke dalam pasukan selepas pulih dari kecederaan.. Tidak banyak perbezaan dengan skuad Arsenal minggu lepas menentang Man. City dan Newcastle United tempoh hari..

Okey sedikit berita daripada perlawanan ini.. Arsene Wenger berharap yang Wojciech Szczesny akan menandatangani kontrak lanjutan selepas kontrak tersebut telah pun diberikan hanya menunggu Szczesny menandatanganinya.. Menurut Wenger lagi dengan beliau dan Szczesny sendiri mahu kekal di Arsenal Wenger berharap tiada masalah untuk melanjutkan kontrak Szczesny yang akan tamat musim panas ini..

Selepas Szczesny, Wenger juga mahu Jack Wilshere menandatangani kontrak lanjutan.. Namun Atikah lihat tiada masalah untuk Arsenal melanjutkan kontrak Wilshere namun mungkin sedikit masalah dengan Szczesny yang pastinya mahu beraksi lebih.. Namun dengan temu bual bersama Szczesny baru-baru ini dilihat tiada sebarang sebab menunjukkan Szczesny kecewa dan mahu meninggalkan pasukan, Arsenal pastinya akan terus menerima khidmat Szczesny..

Sementara itu terdapat juga khabar angin Arsenal telah menyerahkan kontrak lanjutan kepada Samir Nasri dan Andrei Arshavin.. Namun tiada sebarang pengesahan di buat sama ada Nasri dan Arshavin telah menerima kontrak lanjutan tersebut.. Atikah akan updatekan apa-apa berita lagi selepas ini.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment