18 October 2010

Vito Mannone sertai Hull City secara pinjaman

Vito Mannone telah disahkan menyertai Hull City sehingga 3 Januari 2011 secara pinjaman dan bakal membuat persembahan pertamanya untuk Hull City pada perlawanan menentang Sheffield United pada hari selasa.. Mannone bakal menyarung jersi bernombor 29 bersama The Tigers..

Mannone bakal berkerjasama semula dengan bekas rakan sepasukannya dan bekas Young Gunners, Jay Simpson yang berhijrah ke KC Stadium pada musim perpindahan yang lalu.. Mannone berkemungkinan besar akan kekal di KC Stadium sehingga tamat musim ini jika Arsenal dan Hull City mampu mencapai kata sepakat..

Mannone sebelum ini pernah dipinjamkan ke Barnsley namun tempoh pinjamannya itu berlangsung dengan cukup menghambarkan dengan masalah kecederaan serius dan siri kesilapan yang dilakukan beliau sewaktu diberikan peluang mengawal gawang Barnsley.. Untuk pengetahuan anda juga pinjaman ini berlaku hanya selepas seminggu Mannone mengamuk dengan Wenger..

Ianya gara-gara beliau telah disisihkan oleh Wenger.. Beliau kini di belakang Almunia, Fabianski dan Szczesny walaupun beliau telah membuktikan kehebatannya semasa beberapa perlawanan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Almunia dan Fabianski yang mengalami kecederaan musim lepas..

Walau apa-apa pun harapnya Mannone akan beraksi banyak perlawanan dan menampilkan aksi yang cemerlang.. So good luck Vito Mannone..

2 comments:

sab said...

gud luck mannone..nsb baik pinjaman..ingtkan nk blah truss...rugi lak nnt

19.10.10
zizie said...

Vito Mannone new david seamen

22.10.10

Post a Comment