28 October 2010

Fab is so Fab & TW14 strike again!!

Arsenal berjaya menundukkan Newcastle United 4-0 untuk mara ke pusingan suku akhir Piala Carling hasil daripada sentuhan inspirasi dari Theo Walcott yang kembali ke prestasi terbaiknya dan Fabregas sekali lagi membuktikan betapa faboulosnya beliau dan betapa pentingnya beliau kepada pasukan..

SZCZESNY
EBOUE-----DJOUROU-----KOSCIELNY-----GIBBS
EASTMOND-----DENILSON-----ROSICKY
WALCOTT-----BENDTNER-----VELA

Arsenal memulakan perlawanan dengan cukup cemerlang dan mendominasi perlawanan.. Namun Arsenal diberikan tamparan hebat dengan kecederaan yang dialami Kieran Gibbs seawal minit ke-18 dan terpaksa digantikan Sagna.. Beberapa siri passing dan rembatan yang mengecewakan menyaksikan Arsenal hanya mendahului 1-0 pada masa kecederaan separuh masa pertama hasil gol sendiri penjaga gol Newcastle.. Namun pujian harus diberikan kepada Craig Eastmond yang mengucar-kacirkan pertahanan Newcastle..

Bermula separuh masa kedua Arsenal sekali lagi mendominasi dan Theo Walcott yang menerima hantaran jauh dari (Atikah x pasti siapa mungkin Koscielny) mudah meninggalkan pertahanan Newcastle yang masih tergamam di mana Bendtner yang offside menjadi umpan kepada gol tersebut di mana Walcott mudah menewaskan Krul dalam one on one.. Pada minit ke-53..

Kemasukkan Andy Carroll menyaksikan Arsenal cukup bergelut dan Newcastle mula mendominasi perlawanan.. Wenger yang sedar tentang perkara itu membuat keputusan bijak menurunkan Fabregas mengantikan Vela.. Arsenal memberikan ancaman melalui beberapa counter attack pantas..

Ianya ternyata menjadi dan Fabregas bijak melakukan passing kepada Bendtner yang berlari dari sebelah sayap kiri sebelum mengelecek pertahanan Newcastle sebelum melakukan rembatan cantik yang cukup sukar untuk diselamatkan Krul pada minit ke-82.. 2 minit selepas itu Wenger membawa keluar Bendtner dan membawa masuk Jay Emmanuel Thomas..

Sekali lagi hasil hantaran cantik Fabregas Walcott memecut pantas ke gawang gol lalu merembat sekali lagi untuk menewaskan Krul untuk kemenangan 4-0 Arsenal.. Hasil persembahan cemerlang oleh Walcott ini Atikah tanpa segan silu mahu memberitahu yang Walcott adalah pemain terbaik perlawanan..

Atikah juga mahu ucapkan tahniah kepada Wojciech Szczesny yang sememangnya fantastik pagi ini.. Nampaknya persembahan cemerlang di antara dua penjaga gol Poland ini pastinya bakal mengetepikan Manuel Almunia yang pasti terpaksa bersaing hebat menarik perhatian peminat Arsenal semula.. Adios!!

2 comments:

zizie said...

gile ar..arsenal makin membara..Tahniah
Moga2 Arsenal dapat sesuatu musim ni.

28.10.10
Alami said...

Wojciech Szczesny mmg bagos la.....good new keeper...
walcott and bendtner done their jod very well....
Good and Interesting play from arsenal...

Go Gunners Go

29.10.10

Post a Comment