Injury Update
Kieran Gibbs yang mengalami kecederaan buku lali pada perlawanan menentang Newcastle United tempoh hari sekali lagi akan diketepikan selepas terpaksa berehat beberapa minggu akibat kecederaan medial knee ligament strain.. Gibbs akan melalui scan esok namun Wenger menjangkakan Gibbs terpaksa berehat beberapa minggu sebelum boleh kembali beraksi..Manuel Almunia telah disahkan hanya akan kembali mungkin dalam tempoh satu ke dua minggu lagi akibat kecederaan siku.. Ini bermaksud yang dua penjaga gol Poland yang beraksi cemerlang akan terus kekal di atas padang dan di bangku simpanan dengan Lukasz Fabianski akan kembali mengambil tempat dari Wojciech Szczesny untuk perlawanan menentang West Ham esok..
Abou Diaby yang kehilangannya menjadi tanda tanya akhirnya terjawab juga selepas Wenger mengesahkan yang Diaby mengalami kecederaan buku lali sekali lagi.. Diaby tidak akan kembali pada perlawanan ini begitu juga dengan Jack Wilshere yang akan menjalani pergantungan perlawanan terakhirnya esok sebelum kembali semula minggu depan..
Arsene Wenger turut mengesahkan yang Aaron Ramsey dan Robin Van Persie akan kembali menjadi latihan penuh bersama rakan sepasukan pada minggu depan namun mereka berdua perlu bekerja keras untuk mendapatkan kembali tahap kecergasan terutama sekali Aaron Ramsey yang berehat sejak penghujung bulan Februari yang lalu..
Impian fans Arsenal untuk melihat gandingan Thomas Vermaelen dan Laurent Koscielny musnah apabila buat masa ini Vermaelen masih belum dapat dipastikan bila akan kembali selepas kecederaan achilles yang dialami Vermaelen semasa minggu antarabangsa masih belum pulih kerana kecederaannya itu cukup lambat untuk pulih sepenuhnya..
Wenger juga mengesahkan Arsenal tidak kehilangan mana-mana pemain kecuali Kieran Gibbs semasa perlawanan menentang Manchester City dan Newcastle United yang lalu.. Ini bermakna Wenger akan menurunkan barisan yang hampir sama pada perlawanan menentang West Ham esok .. Itu sahajalah berita terkini kecederaan Arsenal.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment