15 October 2010

Arsenal Ladies mara ke suku akhir Champions League

Arsenal Ladies mengesahkan status sebagai pasukan pilihan pada peringkat kalah mati selepas mudah membelasah wakil Serbia, SC Masinac 9-0 di hadapan peminat sendiri dengan secara agregatnya Arsenal Ladies mara dengan agregat 12-1!! Arsenal Ladies meledak 4 gol pada separuh masa pertama sebelum meledak 5 lagi gol pada separuh masa kedua..

Pasukan Arsenal Ladies yang menang 3-1 di Serbia telah diberikan amaran oleh pengurus, Laura Harvey untuk memberikan aksi terbaik mereka di hadapan penonton sebanyak 300 orang di Boreham Wood.. Arsenal Ladies mula mendahului pada minit ke-19 hasil jaringan Rachel Yankey yang semakin lama semakin menjadi-jadi bisanya di hadapan pintu gol..

Ellen White meledak gol pertamanya untuk Arsenal Ladies di kejohanan kompetitif dengan menambahkan gol kedua Arsenal pada minit ke-23.. 3 minit selepas itu nadi utama pasukan, Kim Little mematikan terus peluang SC Masinac untuk mara ke peringkat suku akhir selepas meledakkan gol ketiga Arsenal Ladies sebelum beliau menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-42..

Gemma Davison meneruskan pesta gol Arsenal pada separuh masa kedua selepas meledak gol kelima perlawanan pada minit ke-52.. Jordan Nobbs menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan selepas beliau yang hanya di bawa masuk pada minit ke-46 meledak gol keenam pasukan Arsenal Ladies pada minit ke-56..

Memudahkan lagi pasukan Arsenal Ladies berpesta gol, pemain SC Masinac Ivana Kostic telah dilayangkan kad merah selepas mengutip dua kad kuning.. Menambahkan lagi luka, pemain SC Masinac, Hristina Sampanidis secara tidak sengaja menjaringkan gol sendiri pada minit ke-79 untuk gol ketujuh Arsenal Ladies..

Daniella Carter terus menunjukkan kepada pengurus, Laura Harvey yang beliau patut berada sebagai salah seorang pilihan di bahagian serangan selepas meledak gol kelapan pasukan pada minit ke-85.. Penolong kapten pasukan, Jayne Ludlow melengkapkan pesta gol Arsenal dengan menjaringkan gol kesembilan pada masa kecederaan..

Arsenal Ladies akan terbang ke Sepanyol pada pusingan pertama peringkat kalah mati pada 3/4 November ini untuk menentang Rayo Vallecano de Madrid sebelum Arsenal Ladies menanti kunjungan mereka pula di halaman sendiri di Boreham Wood pada 10/11 November ini.. Good Luck to them and I proud of them because they not played a single competitive game before each of the Champions League since this month!! Adios!!

0 comments:

Post a Comment