02 October 2010

Welcome back Katie Chapman!!

Fans Arsenal Ladies dihadiahkan dengan kejutan yang cukup mengembirakan selepas lagenda dan pemain terbaik dan nadi utama Arsenal Ladies, Katie Chapman kembali semula ke pangkuan pasukan selepas tidak sampai satu tahun meninggalkan pasukan untuk menyertai Chicago Red Stars di United States..

Katie Chapman telah meminta beliau dilepaskan daripada kontraknya untuk membolehkan beliau kembali ke Arsenal Ladies dan membantu skuad Arsenal Ladies dalam kejohanan terbaru England, Women's Super League yang akan membuka tirainya pada bulan Mac nanti.. Kepulangan ini jelas mengembirakan Arsenal Ladies General Manager dan Arsenal First Team Kit Manager, Vic Akers..

"This is obviously a big signing for us and we are delighted to have Katie back.. I was really pleased to sign her first time around, and she was immense for us.. Katie settled straight in and gave us an incredible energy level.. She plays every game like it’s her last and her work rate is quite exceptional.. She’s technically a very good player too and can get forward and score goals. She’s just a terrific player and we couldn’t be happier to have her back.."

Katie Chapman telah membuat dua kenyataan tentang perpindahannya ini.. Iaitu satu untuk Chicago Red Stars fan dan satu lagi untuk Arsenal Ladies fans.. Kenyataan Chapman dari laman web rasmi Chicago Red Stars.. "Playing with the Red Stars has been a great experience and a new challenge for me, the WPS (Women's Professional Soccer) is a great league to play in.."

Kenyataan Chapman dari laman web rasmi Arsenal.. "I’m so excited to be coming back to Arsenal.. I’ve got loads of great memories from my time here and I look forward to creating some more now I’ve returned.. Arsenal Ladies is one of the best teams in the game, and it’s a privilege to have the chance to play for them once again.."

Berita ini juga akan menyaksikan pengurus pasukan Laura Harvey mampu menarik nafas lega kerana sekembalinya Katie Chapman kepangkuan pasukan mampu memberikan lebih kreativiti ke dalam pasukan dan barisan pertahanan Arsenal Ladies juga turut akan kembali menarik nafas lega kerana Chapman memang boleh diharapkan semasa menyerang ataupun bertahan..

Laura Harvey yang gembira dengan berita ini membuat kenyataan ini.. "She's a great player and she will be a great addition to our Super League and Champions League squad.." Namun sayangnya Chapman tidak dapat membantu skuad Arsenal Ladies menempatkan diri ke suku akhir Women Champion's League dua minggu lagi..

Ianya disebabkan Chapman hanya akan kembali pada bulan November selepas tamatnya musim Women's Professional Soccer di United States.. Katie Chapman telah kembali adakah selepas ini bekas pemain Arsenal Ladies yang beraksi di United States akan ikut serta jejak langkah Chapman..

Ianya tidak mustahil.. Jika Kelly Smith, Alex Scott dan Karen Carney kembali, ianya pasti akan memberikan lebih motivasi kepada skuad Arsenal Ladies yang sudah sedia kuat.. Namun apa-apa pun Welcome Back Katie Chapman.. Atikah memang gembira dengan berita ini kerana kepentingan Chapman di dalam pasukan Ladies sama seperti pentingnya Fabregas kepada Arsenal.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment