Bendtner dan Gibbs kembali !!

Kieran Gibbs juga akan turut serta dalam pasukan Arsenal selepas mengalami kecederaan betis.. Theo Walcott juga berkemungkinan besar akan kembali semasa Arsenal menanti kunjungan Birmingham selepas Wenger mengesahkan Walcott akan kembali menjalani latihan hari ini dan beliau akan lihat jika Walcott akan turut serta..
Namun Cesc Fabregas masih akan terlepas perlawanan menentang Birmingham walaupun dilihat telah kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukannya.. Namun Fabregas mempunyai peluang untuk kembali pada perlawanan menentang Shaktar Donestk pertengahan minggu depan..
Tiada sebarang kecederaan dari aksi antarabangsa kecuali Bacary Sagna yang mengalami kecederaan paha.. Dan Wenger juga sudah mengesahkan yang Sagna akan terlepas aksi ini dan Emmanuel Eboue dilihat akan bermain di posisi kegemarannya di posisi bek kanan akibat kecederaan yang melanda Sagna..
Sagna dan juga Thomas Vermaelen dijangka hanya akan kembali 10 hari lagi.. Manuel Almunia pula berada di dalam keraguan untuk beraksi pada perlawanan menentang Birmingham esok dengan Lukasz Fabianski dilihat akan terus mengekalkan tempatnya di kesebelasan utama.. Robin Van Persie akan menyertai Aaron Ramsey untuk kembali semula sepenuhnya bulan November ini.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment