01 October 2010

Berita buruk sebelum perlawanan menentang Chelsea

Arsene Wenger telah mengesahkan Arsenal terpaksa bermain perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini tanpa kapten inspirasi, Cesc Fabregas yang masih belum pulih dari kecederaan hamstring yang dialami Fabregas sewaktu menentang Sunderland dua minggu yang lalu.. Namun Fabregas dijangka akan kembali mengetuai Arsenal selepas minggu antarabangsa berakhir..

Arsene Wenger juga telah mengesahkan yang Manuel Almunia turut terlepas perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini.. Jadi tanpa sebarang keraguan lagi Lukasz Fabianski akan kembali menggalas tanggungjawab menjaga gawang Arsenal hujung minggu ini selepas dilihat kembali berada di prestasi terbaiknya..

Kieran Gibbs juga akan turut terlepas perlawanan dari dua ke tiga minggu lagi akibat kecederaan betis yang di alaminya selepas beraksi selama 90 minit pada perlawanan menentang Partizan Belgrade pertengahan minggu yang lalu.. Gibbs turut akan terlepas aksi bersama skuad kebangsaan akibat kecederaan ini..

Thomas Vermaelen yang mengalami kecederaan achilles sejak bulan lepas disahkan terlepas aksi menentang Chelsea dan mungkin banyak lagi selepas proses pemulihan Vermaelen berjalan dengan lambat dan tahap kecergasan Vermaelen masih jauh untuk cergas.. Namun Wenger menegaskan kecederaan Vermaelen ini tidak memerlukan sebarang pembedahan..

Theo Walcott pula disahkan Wenger hanya akan kembali dalam masa dua atau tiga minggu lagi tidak seperti khabar angin yang mengatakan Walcott akan kembali pulih tepat pada masanya semasa perlawanan antarabangsa minggu depan.. Hanya Abou Diaby sahaja yang disahkan akan kembali menyertai pasukan daripada pusat perubatan Arsenal.. Adios!!

2 comments:

Hero Kampung said...

saya copy info ni dan pastekan kat forum saya,,harap atikah izinkan,,
kalau tak izinkan saya delete jer,,

http://www.celapakit.net/showthread.php?tid=308&pid=664#pid664

2.10.10
atikah said...

toya.. boleh je.. tapi ingat jgn lupe sebutkan nama atikah dn blog atikah.. bagilah credit skit..

2.10.10

Post a Comment