03 October 2010

Pre Match : Now or never

Tajuk pre-match hari ini ialah 'Now Or Never'.. Sebab utama Atikah berikan tajuk ini disebabkan kerana pentingnya perlawanan ini untuk Arsenal memenangi liga EPL musim ini.. Arsenal kini ketinggalan 4 mata di belakang Chelsea.. Jika tewas Arsenal akan ketinggalan 7 mata sementara jika menang kita akan ketinggalan sebanyak 1 mata sahaja.. Dan keputusan yang positif juga akan menyaksikan Manchester City tiada peluang untuk mengatasi kutipan mata Arsenal..

Perlawanan yang akan berlangsung di Stamford Bridge ini akan disiarkan secara langsung pada pukul 11 malam ini di Astro Supersport 3.. Jadi jangan ketinggalan menyaksikannya dan marilah kita berharap dan berdoa Arsenal mampu mencatatkan keputusan yang cukup positif malam ini dengan menewaskan Chelsea walaupun untuk kemenangan tipis..

FABIANSKI
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----CLICHY
ROSICKY-----SONG-----WILSHERE-----ARSHAVIN
NASRI
CHAMAKH

Beriku ialah senarai kesebelasan utama yang Atikah jangka akan diturunkan Arsene Wenger.. Nampaknya Rosicky, Wilshere dan Nasri perlu memastikan mereka melakukan tugas mereka dengan cemerlang dengan memberikan kreativiti kepada Arsenal yang kehilanggan tongak dan nadi utama serta kapten pasukan, Cesc Fabregas yang masih belum pulih dari kecederaan hamstring..

Untuk dijadikan cerita pula, Chelsea turut kehilangan Frank Lampard akibat pembedahan hernia.. Namun sayangnya Anelka dan Didier Drogba masih cergas dan mereka berdua masih mampu memusnahkan Arsenal sambil dibantu Malouda yang kini berada di prestasi terbaiknya.. Pertahanan Arsenal perlu berkerja keras malam ini dengan Koscielny dan Squillaci perlu memastikan Drogba khususnya hilang dari padang..

Dan Alexander Song.. Tolonglah jangan berangan nak jadi Cesc Fabregas kerana kau cukup teruk dalam melakukan kerja tersebut.. Kerja yang kau bagus lakukan ialah menjaga pertahanan Arsenal.. Kalau kau x nak melakukan kerja tersebut baik bagi Denilson yang semakin bagus mengisi tempat kau dan Denilson sememangnya cemerlang sewaktu menentang Partizan pertengahan minggu lalu..

Kalau Song masih x sedar diri lagi ianya pasti membawa padah untuk Arsenal kerana ini pastinya menyaksikan pertahanan Arsenal lebih terdedah dan lebih buruk Jack Wilshere yang perlu merencana serangan Arsenal seperti apa yang dilakukan Cesc Fabregas terpaksa lebih bertahan dan mengisi ruang yang ditinggalkan Song..

Jadi marilah kita berharap yang Song yang mungkin kepalanya dah terhantuk sedar kembali dan melakukan kerja yang cukup bagus dilakukannya iaitu menjaga pertahanan Arsenal bukannya cuba menjaringkan gol dan melakukkan passing di mana itu bukanlah kebolehan terbaik Song untuk Arsenal..

Marilah kita berharap Maroune Chamakh yang sememangnya tidak gentar menerima apa sahaja jenis cabaran mampu menghuru harakan pertahanan Chelsea dan lebih baik menjaringkan gol untuk Arsenal dan membantu Arsenal mencatatkan kejayaan.. So good luck Arsenal.. We can do it!! Adios!!

11 comments:

zizie said...

Risau pulak tgk gamne ni..eee..tak yah tgk lah..

3.10.10
Hero Kampung said...

aku risau wilshere jer,,,dia tu masih mentah lagi dimata aku,,baik diabby lagi,,

3.10.10
zaarimpian said...

jualan murah jersi arsenal

http://www.facebook.com/photo.php?pid=31139179&id=1025799107&il=0#!/album.php?aid=88160&id=1514629823&fbid=1587871906091&ref=mf

3.10.10
Naqeeb Shukri said...

atikah,rvp??x main ke??

3.10.10
atikah said...

naqeeb.. rvp pulih dari cedera pun blm lagi.. ntah bilalah.. tapi wenger target dlm bulan nie.. x tau bile.. tapi bendtner sah akn kembali lps minggu antarabangsa..

3.10.10
zaarimpian said...

kalah lg

4.10.10
Dzulkarnaim Othman said...

MANA TUAN TANAH X KEMASKINI BLOG.... KE DAH KENE SERANGAN JANTUNG....

6.10.10
shahril said...

bukan la..atiqah kan ada pepriksaan PMR...jadi dia kena study hard and work smart...semoga atiqah dapat menjawab kertas dengan baik.....

6.10.10
zaarimpian said...

pmr dah hbs

13.10.10
ZAIR13PJS said...

Rindulah ngan Artikal Atikah ni..Heheeehhh..

14.10.10
Unknown said...

Get ready to enjoy the biggest sports events of the year on Smartcric and watch T20 World Cup 2020 Live Score & Streaming at free of cost on your smart device.

2.7.20

Post a Comment