25 October 2010

What A Fab!!

Arsenal yang turun sebagai pasukan 'underdog' berdepan pasukan gergasi City yang cukup berlagak telah menutup mulut mereka dengan berjaya menundukkan mereka 3-0 hasil sentuhan inspirasi Fab4 dan juga sentuhan penyelamat seorang lagi Fab, Fab21.. Berikut ialah barisan kebelasan utama Arsenal pada perlawanan ini..

FABIANSKI
SAGNA-----SQUILLACI-----DJOUROU-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----DENILSON
NASRI-----CHAMAKH-----ARSHAVIN

Perlawanan ini berlangsung dengan cukup tegang dan setiap pasukan saling berbalas serangan seawal wisel ditiup.. Arsenal mula menunjukkan kegoyahan apabila David Silva hampir sahaja menjaringkan gol pembukaan seawal minit pertama hanya untuk menyaksikan Fabianski pantas menafikan cubaan dari Silva yang semakin berbisa..

Arsenal bagaikan cukup bernasib baik apabila pemain pertahanan muda Manchester City, Dedryck Boyata dilayangkan kad merah seawal minit ke-4 selepas mengasari Chamakh dari belakang selepas Chamakh yang mendapatkan hantaran cantik Fabregas cuba melarikan diri dari kawalan Bayota hanya untuk dijatuhkan beberapa meter dari kawasan penalti yang hanya Joe Hart sahaja yang tinggal..

Namun Arsenal tidak pantas menggunakan kesempatan tersebut.. Kegoyahan benteng pertahanan hampir memerangkap Arsenal hanya untuk dikawal baik Lukasz Fabianski.. Arsenal akhirnya menemui sentuhan penyudah selepas hantaran satu dua di antara Samir Nasri membuahkan hasil selepas Nasri mudah menewaskan Hart pada minit ke-21..

Arsenal sekali lagi gagal menjaringkan gol yang mampu memusnahkan harapan Man. City selepas lebih berminat untuk bergaduh dengan pemain Man. City.. Ianya diketuai sendiri oleh kapten pasukan, Cesc Fabregas yang dilihat bergaduh dengan Nigel De Jong selepas De Jong melakukan kekasaran terhadapnya sebelum itu..

Arsenal berjaya mendapatkan sepakan penalti selepas Fabregas dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh rakan karib Boyata, Vincent Kompany.. Namun sepakan penalti yang di ambil Fabregas bukanlah yang terbaik di mana Joe Hart bijak membacanya dan melakukan aksi menyelamat yang cukup cemerlang..

Tamat separuh masa pertama Arsenal mendahului 1-0 dengan 4 kad kuning diperoleh pemain Arsenal dari Cesc Fabregas, Alexander Song, Denilson dan Johan Djourou.. Sementara kad merah untuk Dedryck Boyata dan kad kuning untuk Gareth Barry yang dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran ke atas Fabregas yang menjadi mangsa tackle pada perlawanan ini..

Bermulanya separuh masa kedua Arsenal mendominasi dan cukup tersusun dari sebelumnya.. Arsenal akhirnya berjaya mencari gol kedua dari Alexander Song yang merembat cantik ke gawang Man. City yang dikawal Hart.. Hart jelas sukar untuk menjangkau rembatan padu dan cantik oleh Song..

Wenger kemudiannya membawa masuk Rosicky, Bendtner dan Walcott mengantikan Arshavin, Chamakh dan Fabregas.. Dalam tempoh itu Fabianski sekali lagi telah melakukan beberapa aksi menyelamat yang cemerlang terutama sekali dari David Silva dan Emmanuel Adebayor walaupun Adebayor telah pun offside..

Nicklas Bendtner yang di bawa masuk pada minit ke-85 hanya memerlukan 3 minit untuk menajaringkan gol ketiga perlawanan dan seterusnya menamatkan sudah cabaran Man. City.. Gol tersebut juga merupakan gol ke-50 Bendtner sepanjang kariernya untuk semua kejohanan kompetitif.. Lebih menarik Bendtner melakukannya dengan pink bootnya..

Selepas gol ketiga tersebut Arsenal lebih banyak memperlahankan perlawanan dengan membenarkan Man. City mendominasi perlawanan.. Namun hasil usaha cemerlang pertahanan dan beberapa aksi menyelamat cantik dari Fabianski telah memastikan Arsenal mengutip 3 mata penuh dan berjaya mengekal gawang dari di bolosi..

Pemain terbaik perlawanan diberikan kepada Cesc Fabregas di mana Fabregas agak terkejut dengan keputusan itu dengan mengatakan 'How can I win Man Of The Match.. I miss a penalty'.. Namun bagi Atikah pemain terbaik perlawanan patut diberikan kepada Lukasz Fabianski yang menunjukkan keupayaan sebenarnya malam tadi.. Congratz Fabianski and all Arsenal player about this win!! Adios!!

3 comments:

Unknown said...

Fabianski adalah terbaik!! mampu menyelamatkan tandukan Adeduitbayor walaupun dengan free header dan terang2 offside, caya lah Fabianski.. keep it up!!

25.10.10
Dzulkarnaim Othman said...

MOTM ttp pada fabianski.....

25.10.10
zizie said...

Fulamak,tak caya menang ngan city ek.

25.10.10

Post a Comment