04 February 2010

Barcelona mahukan Fab4 & Ebuoe !!

Barcelona sekali lagi mencabar Arsenal apabila bersedia untuk membawa pulang Fabregas ke Sepanyol semasa musim perpindahan musim panas nanti.. Tawaran bernilai 40 juta pound yang dituntut pengurusan Arsenal akan ditawarkan untuk mendapatkan khidmat kapten Arsenal ini yang mengakui musim ini adalah musim terbaiknya bersama Arsenal dan menegaskan dia cukup gembira di London dan Arsenal dan tidak kisah untuk mengantung bootnya di Stadium Emirates..

Barcelona juga bersedia mendapatkan pemain serba boleh Arsenal iaitu Emmanuel Eboue secara percuma selepas kontraknya bersama Arsenal akan berakhir Mei ini dengan tiada sebarang berita yang Wenger sedang mengusahakan tawaran kontrak baru untuk Eboue dengan Wenger jelas lebih mahu melanjutkan kontrak Gallas berbanding Silvestre dan Eboue..

Namun ini cuma berita yang disampaikan akhbar The Sun dengan Atikah sendiri x mengambil kisah kerana dah lali dengan berita perpindahan pemain Arsenal.. Boleh dikatakan semua pemain Arsenal dikaitkan akan berhijrah.. Tapi sejujurnya Atikah agak risau dengan kontrak William Gallas, Emmanuel Eboue dan Fran Merida yang masing-masing akan tamat akhir musim ini..

Namun Wenger agak bersungguh-sungguh mahu memastikan William Gallas yang beraksi cukup cemerlang musim ini kekal lebih lama lagi bersama Arsenal walaupun akan berusia 33 tahun sebaik musim 2010/2011 bermula.. Wenger juga mahu memastikan the new Fabregas iaitu Fran Merida kekal bersama Arsenal lebih lama lagi walaupun dilaporkan Atletico Madrid bersedia menyambarnya sebaik kontraknya tamat..

Kedua-dua ejen pemain ini dilaporkan spy Atikah masih menjalankan perbincangan bersama Arsenal untuk kontrak lanjutan selepas kedua-dua pemain ini dilaporkan bersedia kekal bersama Arsenal.. Namun tentang tawaran kontrak lanjutan untuk Eboue sememangnya tiada khabar berita.. Atikah amat berharap pemain Arsenal yang serba boleh ini kekal bersama Arsenal kerana Eboue bolehla dikatakan penting untuk Arsenal..

Pada awal musim yang lalu Eboue ada memberitahu yang dia bersedia menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal selepas Arsenal dan Eboue menolak tawaran pasukan lain semasa musim perpindahan musim panas 2009.. Tapi selepas itu langsung tiada berita sama ada Arsenal ada menawarkan kontrak atau pun tidak..

Kalau nak tahu segala jawapannya nampaknya kita terpaksalah bersabar menanti segala persoalan ini akan dijawab dengan ketiga-tiga mereka menandatangani kontrak baru sebelum tamat musim ini.. Dan mungkin anda semua juga mahu tahu adakah Silvestre akan kekal dan begitu juga dengan Campbell..

Seperti yang anda tahu Silvestre Campbell dan hampir terlupa Senderos merupakan tiga orang lagi pemain yang akan tamat kontraknya musim ini.. Silvestre akan berbincang dengan Wenger tentang masa depannya di Arsenal di mana ianya berlaku bulan lepas.. Tetapi tiada sebarang berita yang Silvestre akan kekal begitu juga kemungkinan dia tinggalkan Arsenal..

Sementara Senderos pula ditegaskan Wenger dia x akan melanjutkan kontrak Senderos bersama Arsenal selepas dipinjamkan ke Everton sehingga tamat musim ini di mana Everton boleh menandatanganinya secara percuma sebaik sahaja kontraknya bersama Arsenal tamat.. Jadi 90% pasti yang Senderos tidak lagi akan menjadi pemain Arsenal musim depan sebaik sahaja kontraknya tamat..

Namun adakah dengan Senderos yang akan tamat kontraknya musim ini akan menyaksikan Campbell mungkin akan ditawarkan kontrak lanjutan jika berjaya menampilkan aksi cemerlang.. Dan sebenarnya Campbell telah pun melakukannya semasa turun beraksi bersama Arsenal.. Jadi sudah semestinya fan Arsenal ternanti-nantikan keputusan sama ada Campbell akan kekal atau pun tidak sebaik kontraknya tamat.. Adios!!

6 comments:

amad said...

laen kali xyah post berita2 kononnye fab nk g barcelona, dah sah2 tu semua propaganda media sepanyol, kalo blogger arsenal pon sebarkan benda yg same, seolah2 ko pon support media sepanyol tu, dah cukup la tu

4.2.10
Anonymous said...

setuju ngan amad, da muak da aku bace, tak abis2...

4.2.10
atikah said...

atikah x cakap pun ianya betul.. atikah cuma postkan kat sini supaya nnt x delah ada org tanya kat atikah betul ke fab nak blah.. jadi atikah post dan bagi tau kita x yah caya sume cite nie.. dan smmgnya atikah x pernah percaya pun sume berita nbie lebih2 lagi kalau player tu gila punya happy dkt arsenal..

5.2.10
Anonymous said...

hail tothe king...hua hua..

sian atikah..manyak org kondem huu..takpa takpa..just do what yu like todo..setelah point makin jauh ngan man u standarr la fan arsenal..sume jiwa kacau..tapi takpa...biler sume game big 4 end..we start all over oke..
takda gaduh2 huu huu goo arsenal..

pasal fabregas plak..takpa kalau takdir dier kluar..biarkan..arsenal bukannya klub yg bergantung kepada seseorg..game tanpa fabregas pon menang je slalu..takda halla..

ramsey bole ganti beliau, merida plak on track.
banyak berpotensi...takdpe bagi saya its okey.
terpulang kat beliau...beliau yg di bayar gaji..bukankita..

gallas pon bole jadistriker wat..haha vermalin lagi..

6.2.10
Anonymous said...

ala, kalao capt fab nk g barca pn kita nak wat mcm mana.. bior je la. dulu masa henry wat benda yg sama ars tetap bg cabaran jgk every year. patah tumbuh hilang berganti.. henry yg syg ngan club ars gila babi pn blah jgk pegi barca. diorg smua mahukan cabaran yg baru. sbb tu gua x kisah. jgn jd mcm adebayor n ashley cole. blah pegi club epl jgk.. itu baru la bingai nama dia.. hehehehehhe - otai -

7.2.10
emi said...

untuk pengetahuan, henry dulu bukan die yg nk blah tapi arsenal terpaksa jual die dan juga star2 arsenal yg seangkatan dgn die cam flamini, djungberg etc. coz time tu arsenal ade masalah kewangan sebab nk wat stadium emirates. dan sebab tu juga lah arsenal pkai pemain2 muda yg murah utk berjimat.

7.2.10

Post a Comment