13 February 2010

Chamakh sain pra kontrak

Spy Atikah mengesahkan yang Marouane Chamakh semakin menuju ke Emirates Stadium selepas dilaporkan Chamakh telah pun menolak tawaran dari Liverpool di mana Chamakh akan diberi gaji mingguan sebanyak 60 ribu pound dengan menerima tawaran gaji mingguan 50 ribu pound bersama Arsenal..

Masih tiada pengesahan rasmi dari pihak pengurusan Arsenal tentang berita yang dilaporkan Chamakh telah pun menandatangani pra kontrak bersama Arsenal.. Atikah akan terus mengikuti berita ini sama ada ianya benar atau pun tidak walaupun spy Atikah yang memberitahu berita ini amat Atikah percayai..

Tetapi jika segala berita ini masih belum menerima pengesahan rasmi dari pengurusan Arsenal mahu pun dari Wenger ianya tidak lebih dari hanya khabar angin.. Sejujurnya Atikah berharap ianya benar.. Jika benar ini bermakna Chamakh akan menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama Arsenal yang bernilai 10.4 juta pound.. Dan akan menjadi pemain Arsenal musim depan dan merupakan pemain pertama di bawa Wenger untuk musim depan.. Adios!!

1 comments:

FakhruL_razi said...

yes!!!
finally..

18.2.10

Post a Comment