07 February 2010

Pre Match : Arsenal vs Chelsea

Arsenal akan menentang Chelsea malam ini di mana Astro ESPN akan menyiarkan secara langsung perlawanan ini pada pukul 11.55 malam.. Tiada sebarang pilihan selain menang pada perlawanan ini jika pemain-pemain Arsenal mahu membuka kembali peluang untuk bersaing rapat dengan trofi kejuaraan EPL..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----DENILSON
NASRI-----BENDTNER-----ARSHAVIN

Inilah bayangan kesebelasan utama Arsenal malam ini.. Atikah harap pemain-pemain Arsenal mengunakan setiap peluang yang ada walaupun sekecil kuman pun peluang tersebut jika mahu menang perlawanan ini.. Dan Atikah harap semua pemain mampu menampilkan aksi terbaik mereka untuk membuktikan Arsenal masih mampu mencabar kejuaraan liga..

Semalam skuad Arsenal bawah 18 tahun gagal mencatatkan kemenangan ke atas Chelsea U-18 selepas kedua-dua pasukan gagal memecahkan kebuntuan gol sehingga tamat perlawanan untuk menyaksikan mereka seri 0-0.. 2 minggu lepas pula skuad wanita Arsenal menang 2-1 mengatasi skuad wanita Chelsea..

Atikah harap kali ini skuad lelaku Arsenal akan mengikut jejak langkah skuad Arsenal Ladies yang menang mengatasi seteru setempat kita ini.. Tiada yang dapat menewaskan kita jika kita beraksi di tahap terbaik dan tidak banyak mempersiakan peluang.. Itulah hakikat yang tidak boleh disangkal..

Sebelum perlawanan ini Wenger tampil mempertahankan Almunia dan semua penjaga gol apabila menegaskan posisi penjaga gol paling sukar sekali.. Menurut Wenger lagi mungkin Almunia terlalu banyak meletakkan tekanan ke atas dirinya semasa perlawanan.. Dan pemain pertahanan yang gugup juga mampu menyukarkan penjaga gol.. Adios!!

2 comments:

Anonymous said...

betul kata wenger pasal almunia...dia tertekan...stress je...bukannya bodoh..hehehe...

7.2.10
atikah said...

cuma kesilapan die tu je yg bodoh..

7.2.10

Post a Comment