28 January 2011

News update

Arsenal dilimpahi dengan cukup banyak berita baik sejak akhir-akhir ini di mana sudah semestinya kita mengharapkan ianya tidak akan berhenti.. Sebastien Squillaci bersedia sepenuhnya untuk menguatkan barisan pertahanan yang semakin kuat.. Ini bermaksud Wenger berpeluang merehatkan Djourou ataupun Koscielny yang telah beraksi banyak perlawanan secara berturut-turut..

Abou Diaby turut akan berada dalam pasukan pada hari ahad ini dengan Wojciech Szczesny mungkin akan diberikan rehat selepas Manuel Almunia telah pulih sepenuhnya dari kecederaan-kecederaan yang menghantuinya musim ini.. Namun Lukasz Fabianski masih bergelut dengan kecederaan bahunya sementara Thomas Vermaelen masih memerlukan masa untuk pulih..

Tomas Rosicky pula mungkin akan terus disisihkan selepas beliau masih sakit dan walaupun Wenger mahukan khidmat Rosicky secepat mungkin supaya beliau boleh memberikan rehat yang diperlukan kepada kapten pasukan, Cesc Fabregas namun Rosicky masih berada dalam keraguan untuk beraksi pada hari ahad ini..

Bacary Sagna yang tidak mempunyai kecederaan serius di kepalanya dijangka akan beraksi pada hari ahad ini ataupun mungkin semasa perlawanan menentang Everton minggu depan.. Itu sahaja berita kecederaan terkini Arsenal dengan dilihat Arsenal tidak mempunyai banyak masalah kecederaan sejak akhir-akhir ini yang jelas mengembirakan peminat..

Sementara itu penyerang berbakat skuad simpanan, Benik Afobe menyertai semula Huddersfield Town secara pinjaman sehingga tamat musim ini selepas pulih dari kecederaan lutut yang memaksanya dihantar pulang semula ke Arsenal.. Namun fans Arsenal tidak akan melihat kelibat Afobe pada hari ahad ini selepas Afobe disahkan tidak akan beraksi..

Sekian lama dikritik mengenai prestasinya sejak akhir-akhir ini akhirnya tuan empunya badan, Andrei Arshavin membuka mulutnya dan mengakui beliau semakin hilang tumpuan dan peningkatan usianya semakin menjejaskan prestasinya namun beliau berjanji untuk kembali mendapatkan prestasi terbaiknya selepas Samir Nasri dan Theo Walcott telah menjadi pilihan Arsene Wenger sejak akhir-akhir ini..

"It’s true that, at the moment, I’m not happy with how I’m playing.. I feel that I’m making mistakes that I shouldn’t be - not giving good passes and losing a lot of balls.. It’s hard to give reasons but I am working hard to get back to my best and am confident it will come.. It’s an unusual situation because I’m not used to being on the bench this much.. Maybe I had one period like this back at Zenit St Petersburg but it was a bit shorter.. I can’t complain when the team is doing this well, though - our recent form in the league has been excellent.."

Harapnya Arshavin akan kembali ke prestasi terbaiknya.. Atikah asyik marah-marah dan kutuk Arshavin bukannya sebab apa.. Arshavin merupakan salah satu pemain penting Arsenal dan paling berpengalaman.. Bila tengok prestasi dia drop mendadak memang cukup mengejutkan terutama sekali Arshavin adalah salah seorang pemain Arsenal yang bersuara lantang.. So Arshavin I really hope you will be back at your best.. Stop wasting the ball and stop being so LAZY!! Adios!!

3 comments:

Sharinginfoz said...

nak tengok arshavin improve sebab kebelakangan ini tak menentu

28.1.11
kyo_9 said...

cam bakal blah jer abe ash nih..

28.1.11
Anonymous said...

Arshavin dah dapat form dia balik..ok apa dia..
arsenal4-3-3.blogspot

4.2.11

Post a Comment