23 June 2010

Aaron Ramsey jalani latihan ringan

Berita baik buat semua fans Arsenal.. Spy Atikah telah mengesahkan yang Aaron Ramsey telah kembali menjalani latihan ringan hanya 4 bulan selepas tulang betis dan tulang keringnya patah selepas dibentes Ryan Shawcross..

Ramsey dilaporkan telah mula berlari dan latihannya itu juga diperhatikan oleh penolong pengurus Wales yang membuat sidang media tentang berita baik dari pemain muda berbakat besar ini.. Ini ialah kenyataan dari penolong pengurus Wales tersebut..

"Aaron is running now and just needs the pin taken out at some stage.. That’s a decision he will make soon when he’s ready, but from what I’ve heard he’s progressing brilliantly and it shouldn’t be too long.. It’s important for him, Arsenal and Wales to get back playing as he’s a great talent who should be showing us that on the football pitch.."

Pasti ramai fans Arsenal berharap dia boleh kembali beraksi semasa musim baru EPL bermula.. Tapi Atikah rasa kita perlu lebih bersabar dan begitu juga Aaron Ramsey supaya tidak akan ada komplikasi yang akan berlaku akibat terlalu mendesak untuk kembali beraksi..

Mengikut ramalan doktor sebelum ini.. Ramsey mungkin akan kembali menjalani latihan pada musim luruh dan nampaknya ianya lebih cepat dari jangkaan.. Namun ianya tidak mengejutkan dengan hakikat Ramsey masih muda dan tulangnya lebih cepat untuk sembuh..

Dengan semangat Ramsey yang cukup membara dengan beberapa minggu selepas menjalani pembedahan, dia telah berjalan tanpa bantuan daripada tongkat semata-mata mahu melihat rakan sepasukannya berlatih..Apa-apa pun ianya sememangnya berita baik daripada Aaron Ramsey kepada fans Arsenal.. Harap-harap Ramsey mampu menjadi lebih baik dari sebelum ini..

Sementara itu Atikah x pasti sama ada anda semua dengar rumours yang mengatakan Joe Cole berminat untuk ke Old Tradford.. Tetapi spy Atikah boleh menafikannya selepas sumber dalaman kelab Man. Utd telah menolak laporan tersebut yang mereka berminat untuk membawa Cole ke Old Tradford.. Adios!!

1 comments:

Aidil Asyraf said...

gua mau tunggu pemain baru arsenal...

24.6.10

Post a Comment