04 June 2010

Arsenal beli penyerang muda

Atikah boleh mengesahkan yang Arsenal telah pun membeli penyerang muda berusia 16 tahun kelahiran England namun memutuskan untuk mewakili Republik Ireland tempat kelahiran ibu bapanya.. Arsenal telah mendapatkannya dari Norwich City sebaik sahaja kontraknya tamat bersama pasukan tersebut..

Philip Roberts yang mula memikat peninjau Arsenal sejak akhir musim lepas dijangka akan menyertai skuad U-18 Arsenal.. Roberts merupakan seorang penyerang yang cukup berbakat sehinggakan mengkagumkan Liam Brady untuk membawanya ke Arsenal dan memperbanyakkan lagi opsyen Wenger di bahagian serangan berbakat yang baru..

Roberts dilaporkan mempunyai ciri permainan seperti penyerang sensasi Aston Villa yang cukup menarik minat Arsene Wenger, iaitu Gabriel Agbonlahor.. Roberts juga merupakan pemain yang cukup handal di udara.. Harap-harap Roberts mampu menjadi Agbonlahor Arsenal dalam beberapa musim lagi..

Dan seterusnya memastikan Arsenal masih mempunyai pemain penyerang yang bagus di dalam akademi walaupun kebanyakannya gagal untuk menyerlah di dalam skuad utama.. Harap-harap Roberts bukanlah seorang lagi penyerang tersebut.. Adios!!

4 comments:

zizie said...

EEE.. betul ke nk beli penyerang ni.Eh dah brape banyak da nk beli penyerang.Carlos vela ade,Bethner ade,Edurdo ade.Buat Ape lagi nk beli!!!!.kite kene beli pemain pertahanan tu lebih penting.Kite patut bersaing sebab pertahanan MU dan Chelsea tu bergitu kuat.
Lagi satu goolkeeper tu mesti ade gol keeper yg BERKELAS sikit sebab arsenal merupakan KELAB BESAR!!!

6.6.10
shahril said...

Minta Tolong spy atiqah carikan new away dan home away arsenal yang baru untuk tahun 2010/2011...

7.6.10
TokiDoki said...

dia kan penyerang muda so belum tentu dia dinamakan dalam kesebelasan utama..arsenal sekrang mmg dah byk penyerang..tapi mamat 16 tahun nih untuk prospek masa depan...cube tgk pada umur dia bebetul...

7.6.10
zizie said...

Prospek mase depan dah banyak player kat arsenal tu.Apa, Ingat senang ke nk latih pemain mude.makan mase beb.Sampai bile kite nk tengok Arsenal nk menjulang kejuaraan.nanti kalau player tu ah berumur 21,22,23 dah jadi pemin hebat,ade je kelab lain nk beli mcm febregas kite tengok

11.6.10

Post a Comment