16 June 2010

Arshavin mahu Fabregas stay

Andrei Arshavin merupakan seorang lagi pemain yang di kaitkan akan berpindah ke Barcelona sehinggakan ianya hampir mencetuskan kemarahan fans Arsenal terhadapnya.. Namun ianya perkara yang lepas, kini Arshavin meluahkan keingginannya untuk melihat Fabregas kekal bersama Arsenal..

"As an Arsenal player, I like him a lot and we need him because he is our best player and our captain.. But it is his decision.. In modern football everyone goes somewhere and most clubs sell their players, but personally I would like him to stay.."

Bagi Atikah pengaruh Fabregas cukup kuat di dalam pasukan dan terhadap fans Arsenal.. Tanpanya kebanyakan pemain Arsenal akan kehilangan punca.. Dan kesemua pemain Arsenal cukup menghormatinya.. Walaupun si Fabregas ini pendiam namun dalam diam dia cukup tegas..

Arsene Wenger telah menunjukkan yang sememangnya memilih Fabregas sebagai kapten pasukan merupakan pilihan yang tepat.. Di bawah pimpinan Fabregas, Arsenal telah mencapai banyak kemajuan dan banyak pemain mula membuktikan kehebatan mereka.. Mungkin kita sudah bersedia untuk melepaskan Fab namun hakikatnya tidak..

Walaupun Samir Nasri, Aaron Ramsey dan Jack Wilshere dilaporkan akan mengisi kekosongan tersebut di samping kehadiran pemain tengah berkualiti yang lain.. Fabregas tetap Fabregas dan Fabregas tidak boleh diganti..

Kalau kita nak menang sesuatu musim depan.. Kita kena berjuang memastikan Fabregas stay.. Jika tidak impian tersebut mungkin cukup sukar untuk dilaksanakan.. Kerana kreativiti Van Persie dan CO masih tidak mencukupi..

Walau apa-apa pun yang dikatakan Presiden baru dan lama Barcelona.. Cesc Fabregas memegang kunci untuk pergi atau tidak.. Tetapi apa-apa pun terus percaya kepada Fabregas.. Atikah yakin Fabregas cukup komited bersama Arsenal walaupun agak kecewa sudah 5 musim x menang apa-apa trofi..

Biasalah bila Fabregas ke kem Sepanyol je, mamat-mamat Barca mulalah pujuk rayu Fabregas supaya ke Barca.. Media pulak ambik kesempatan macam ini untuk mengapi-apikan fans Arsenal.. Kita tengok jelah.. Lepas habis Piala Dunia nie.. Fabregas akan kekal di Arsenal.. Dan Barca pulak hisap jari lagi tengok Fabregas terus sarung jersi Arsenal yang serba baru.. Adios!!

3 comments:

zizie said...

Aik tak pernah pulak arshavin ckp cam ni.klu ckp awal2 kan senang.dulu sibuk sangat nk main kat bercelona.

16.6.10
fazreyl said...

arshavin da insaf...

16.6.10
shahril said...

klau korang x percaya..arshavin pun ada websitenya sndiri terutama peminat yg ingin tahu apa pemain bola sepak selalu buat apabila berada diluar ataupun berada dalam football...

20.6.10

Post a Comment